Komponen Adaptive Cruise Control (ACC)
Rajah 6 menunjukkan komponen utama sistem ACC. Semua komponen di dalam sistem ACC dihubungkan dengan menggunakan rangkai perhubungan yang dikenali sebagai Controller Area Network (CAN). ACC module , fungsi utama ACC module ialah untuk memproses maklumat yang diterima dari radar dan menentukan sama ada terdapat kenderaan di hadapan atau sebaliknya. Apabila radar mengesan kenderaan di hadapan, ACC module akan menghantar maklumat kepada Engine Control Module dan Brake Control Module untuk menetapkan jarak selamat di antara kenderaan ACC dengan kenderaan di hadapan.