Langkau ke kandungan utama

Catatan

WiFi Hotspot: Menghubungkan kenderaan ke Internet

Teknologi 5G telah merancakkan lagi perkembangan Internet of Vehicle. Menurut Erricson teknologi 5G akan meningkatkan kelajuan Internet 100 kali ganda berbanding teknologi 4G sedia ada. Teknologi selular tanpa (1G) mula diperkenalkan pada tahun 1980, pada waktu itu telefon bimbit hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon sahaja. Pada tahun 1990, teknologi 1G telah dipertingkatkan kepada 2G, manusia bukan sahaja boleh membuat panggilan telefon malah menghantar pesanan melalui teks atau lebih dikenali sebagai SMS. Seterusnya teknologi berubah kepada 3G, telefon bimbit kini semakin pintar, telefon bimbit kini boleh digunakan untuk melayar Internet. Teknologi 4G yang mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding 3G telah membolehkan manusia menonton video melalui telefon pintar. Kehadiran teknologi 5G yang menyediakan capaian yang lebih pantas membolehkan teknologi berkaitan Internet of Vehicle (IoV) berkembang dengan lebih pantas.   Pengguna kenderaan boleh menggunakan pelbag
Catatan terbaharu

Internet: Tulang Belakang IoT

 Untuk membolehkan dua buah komputer berkomunikasi di antara satu dengan yang lain ia perlu dihubungkan sama ada secara fizikal dengan menggunakan Ehternet Cable atau menggunakan sambungan tanpa wayar (WiFi atau Bluetooth). Semua komputer moden boleh membuat hubungan ini. Untuk membuat sambungan setiap komputer memerlukan seutas kabel Ehternet dan sebuah ethernet port. Rangkaian ini tidak terhad hanya kepada dua buah komputer sahaja. Anda boleh menghubungkan seberapa banyak komputer yang anda mahukan. Sebagai contoh jika anda ingin menyambungkan sepuluh buah komputer anda perlu menggunakan 45 utas kabel dan 9 port untuk setiap komputer. Untuk memudahkan pemasangan, setiap komputer di dalam network disambungkan kepada sebuah komputer kecil yang dikenali sebagai router. Router berfungsi untuk memastikan bahawa mesej yang dihantar daripada sesebuah komputer sampai ke destinasi yang ditetapkan dengan tepat. Untuk komputer A menghantar mesej kepada komputer B, mesej akan dihantar kepada rou

Bluetooth: Asas kepada Vehicle Infotaiment

 Kita semua menggunakan pelbagai alat komunikasi tanpa wayar setiap hari sama ada secara sedar atau sebaliknya. Radio dan TV menerima siaran melalui gelombang radio yang dipancarkan sejauh ratusan atau ribuan KM dari tmpat kita berada. Telefon tanpa wayar menggunakan konsep yang sama untuk menerima dan menghantar isyarat kepada set telefon yang berada di kawasan tertentu di dalam rumah. Semasa menggunakan WiFi, komputer menghantar dan menerima data daripada router yang bersambung kepada rangkaian Internet. Semua teknologi ini menghantar dan menerima isyarat dengan tanpa melibatkan penggunaan wayar sebaliknya isyarat dan data dihantar melalui gelombang radio dalam udara. Bluetooth ialah teknologi gelombang radio yang direka untuk membuat hubungan komunikasi jarak dekat yang melibatkan jarak kurang daripada 10 meter. Kebiasaannya Bluetooth digunakan untuk memuat turun foto, membuat sambungan antara wireless mouse dan laptop, menyambungkan hand free headset kepada telefon dan sebagainya

Internet of Thing: Satu Permulaan

Internet ialah rangkaian besar yang menghubungkan komputer yang terdapat di seluruh dunia berhubung di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini berkomunikasi di antara satu dengan lain dengan menggunakan Internet protocol suite (TCP/IP). Internet terdiri daripada Local Area Network (LAN) dan Wide Area NEtwork (WAN). Sambungan internet boleh diperoleh sama ada dengan menggunakan fizikal network atau WiFi connection. Secara asas sambungan internet berlaku apabila client seperti komputer dan smart phone   disambungkan kepada server untuk mendapatkan data (request). Setelah menerima permintaan daripada client, server akan menghantar data yang diperlukan oleh client. Sebagai contoh apabila kita menaip “What Is Internet?” di laman carian Google, pertanyaan tersebut akan dihantar ke server Google. Seterusnya Google akan menghantar maklumat yang tersimpan di dalam databasenya ke komputer kita.   Internet of Thing (IoT) merujuk sistem yang menghubungkan peralatan komputer, mesin mekanik

Connected Car: Pengenalan

 Connected Car atau Internet of Vebicle (IoV) merujuk kepada kehadiran peralatan di dalama kenderaan yang berhubung dengan peralatan lain yang berada di dalam kenderaan yang sama ataupun peralatan, network atau perkhidmatan yang berada di luar kenderaan termasuk kenderaan lain, rumah, pejabat atau infrastruktur. Peralatan elektronik di dalam kenderaan dikawal dengan menggunakan electronic Control Unit (ECU). Terdapat pelbagai jenis ECU di dalam kenderaan seperti Engine Management, ABS, ESP, Aircond dan sebagainya. Rangkaian yang digunakan untuk menghubungkan peralatan di dalam kenderaan dikenali sebagai Controller Area Network (CAN Bus), Local Interconnect Network (LIN Bus),  Media Oriented Systems Transport (MOST Bus) dan FlexRay. High speed CAN Bus digunakan untuk menghubungkan ECU yang melibatkan sistem kawalan enjin dan sistem keselamatan kenderaan, manakala Low Speed CAN Bus digunakan untuk menghubungkan sistem body control. MOST Bus digunakan untuk menghubungkan sistem Infotaimen

Fungsi minyak pelincir

Fungsi utama minyak pelincir di dalam enjin kenderaan adalah untuk mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan bahagian-bahagian enjin. Sistem pelinciran enjin turut mempunyai fungsi berikut: MENGURANGKAN KEHAUSAN DAN GESERAN Minyak pelincir mestilah sampai kesemua bahagian enjin yang bergerak dengan secukupnya. Sistem pelinciran yang gagal berfungsi dengan baik akan menyebabkan bekalan minyak pelincir tidak sampai ke semua bahagian enjin yang bergerak dan mungkin akan menyebabkan bahagian-bahagian tersebut menjadi kering. Keadaan ini akan meningkatkan geseran dan mempercepatkan kehausan komponen. Sistem pelinciran yang baik mempunyai kebolehan untuk mengurangkan haba akibat daripada geseran yang berlebihan dan menjimatkan kuasa enjin yang mungkin digunakan untuk melawan geseran yang berlebihan. SEBAGAI EJEN PENYEJUK Selain bertindak sebagai bahan pelincir, minyak pelincir turut menyerap haba. Minyak pelincir yang panas akan di hantar ke pendingin minya

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan