Langkau ke kandungan utama

Panduan Pelaksanaan PPT



Apa itu PPT?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Dunia mengenali Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau Pentauliahan Pencapaian Terdahulu dikenali sebagai Prior Learning Assessment & Recognition (PLAR)/ Recognition of Prior Learning (RPL).

Nama program ini berbeza mengikut negara. Di United Kingdom PPT dikenali sebagai APL (Accreditation of Prior Learning), CCC (Crediting Current Competence) atau APEL (Accrediting Prior Experiential Learning). Istilah RPL digunakan dinegara-negara seperti  Australia, New Zealand dan Afrika Selatan. Di Kanada PPT dikenali sebagai RPL dan RCC (Recognition of Current Competence).


Program PPT telah mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikenali sebagai Recognition, Validation and Accreditation (RVA).


Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal. 



Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui PPT


Klik tajuk untuk Muat Turun Dokumen:

Prosedur Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)




Panduan Calon - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)



Panduan Pelaksanaan Penilaian Keterampilan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Melalui Kaedah Penilaian Portfolio



Panduan Penilaian PPT Melalui Kaedah Amali 



Panduan Perlaksanaan PPT Melalui PB PPT



Ingin mengetahui kaedah untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia dengan lebih MUDAH, MURAH dan CEPAT.

Kami ada caranya...




Untuk mendapatkan bimbingan dan maklumat berterusan berkaitan teknik permohonan Persjilian secara PPT dari pakar:



"Mudah, Murah, Cepat"

#MudahMurahCepat
#pptDrAutoILPKL
#MudahnyaPPT
#SayaDahDapat
#JomMahir

#TvetMalaysia


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas