Langkau ke kandungan utama

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan. 

Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi.

Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear. 


Cylinder head
Cylinder Block
Valve Mechanism
Piston
Crankshaft


Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat.



Sistem pelinciran juga berfungsi untuk:

  • Mengurangkan geseran dan kehausan;
  • Membantu menyejukkan enjin;
  • Mengurangkan kebocoran pada gegelang omboh (piston ring) dan silinder (cylinder);
  • Membersihkan enjin; dan
  • Mengurangkan bunyi bising di dalam enjin.



KOMPONEN SISTEM PELINCIRAN ENJIN


Lubrication System



1. TAKUNG MINYAK (OIL PAN) 
    Takung minyak pelincir digunakan untuk menyimpan minyak  
    pelincir dan terletak di bahagian bawah enjin. 

Oil Pan


2. PENYARING MINYAK PELINCIR (OIL STRAINER
    Penyaring minyak pelincir diperbuat daripada jaring besi dan 
    diletakkan pada bahagian masukan minyak. Penyaring minyak 
    pelincir digunakan untuk menapis kotoran yang besar daripada 
    masuk ke dalam enjin.

3. PAM MINYAK PELINCIR (OIL PUMP)
    Pam minyak pelincir digunakan untuk menghantar minyak 
    pelincir kepada pelbagai komponen yang terdapat di dalam 
    enjin. 

    Pam minyak pelincir dipacu oleh syaf yang disambungkan 
    kepada aci sesondol (camshaft). 


   Di dalam sesetengah enjin Timing Belt digunakan untuk    
   mengerakkan pam minyak pelincir. 



4. BATANG PENCELUP (DIPSTICK)
            Batang pencelup digunakan untuk memeriksa paras serta     
            keadaan semasa minyak pelincir.

        5. SUIS TEKANAN MINYAK (OIL PRESSURE SWITCH)
           Suis Tekanan Minyak merupakan sebuah perintang boleh ubah 
           atau suis yang dipasang pada blok enjin dan berfungsi untuk 
           mengesan perubahan tekanan minyak pelincir.

Oil Pressure Switch


       6.  PENAPIS MINYAK ENJIN (OIL FILTER)
           Pam minyak pelincir mungkin akan menyedut mendapan kotoran 
           yang terdapat di dalam takung minyak pelincir. Penapis minyak 
           pelincir berfungsi untuk menyingkirkan habuk yang terdapat di 
           dalam minyak pelincir. 

Oil filter

Pulzar Oil @ Dr Auto ILPKL


___________________________________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:
https://dropshippermillennial.com/dm70















Ulasan

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas