Langkau ke kandungan utama

WiFi Hotspot: Menghubungkan kenderaan ke Internet

Teknologi 5G telah merancakkan lagi perkembangan Internet of Vehicle. Menurut Erricson teknologi 5G akan meningkatkan kelajuan Internet 100 kali ganda berbanding teknologi 4G sedia ada.

Teknologi selular tanpa (1G) mula diperkenalkan pada tahun 1980, pada waktu itu telefon bimbit hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon sahaja. Pada tahun 1990, teknologi 1G telah dipertingkatkan kepada 2G, manusia bukan sahaja boleh membuat panggilan telefon malah menghantar pesanan melalui teks atau lebih dikenali sebagai SMS. Seterusnya teknologi berubah kepada 3G, telefon bimbit kini semakin pintar, telefon bimbit kini boleh digunakan untuk melayar Internet. Teknologi 4G yang mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding 3G telah membolehkan manusia menonton video melalui telefon pintar. Kehadiran teknologi 5G yang menyediakan capaian yang lebih pantas membolehkan teknologi berkaitan Internet of Vehicle (IoV) berkembang dengan lebih pantas.

 

Pengguna kenderaan boleh menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan capaian Internet di dalam kenderaan diantaranya ialah menggunakan Car Modem, 4G Wifi dongle atau menggunakan fungsi WiFi hotspot yang terdapat di dalam telefon pintar masing-masing.

WiFi hotspot ialah Internet access point yang berfungsi untuk menyambungkan komputer, telefon pintar atau peralatan yang lain ke Internet. Contoh WiFI hotspot ialah kedai makan seperti restoran mamak, KFC, McDonald dan sebagainya. Sambungan ke Internet melalui Wifi Hotspot dilakukan dengan menggunakan Wireless Local Area Network (WLAN) yang terdiri daripada router yang bersambung dengan modem yang berfungsi untuk membuat sambungan untuk membuat hubungan Internet melalui talian yang disediakan oleh Internet Service Provider (ISP).

Mobile hotspot atau portable hotspot ialah sebuah hotspot mudah alih. Contoh mobile hotspot ialah mobile router, WiFi dongle dan telefon pintar. Kesemua peralatan ini mempunyai slot untuk memasukkan sim card yang berfungsi untuk membuat hubungan kepada ISP. Talian Internet diperoelhi dengan menggunakan talian selular seperti Unifi, Celcom, Maxis dan sebagainya. Proses membuat hubungan melalui mobile hotspot dikenali sebagai “tethering”.

Tethering boleh ditakrifkan sebagai “chaining” iaitu satu proses untuk menghubungkan peralatan ke Internet. Tethering membolehkan telefon pintar menjadi sebuah mobile hotspot. Secara mudah, telefon pintar berfungsi sebagai router yang berkongsi talian Internet yang digunakan oleh telefon berkenaan dengan peralatan lain yang bersambung dengannya. Sabungan Tethering boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan Bletooth, USB Cable atau WiFi.

Diantara kelemahan tethering ialah bateri telefon akan cepat habis dan menjadi panas apabila terlalu lama digunakan. Jumlah masa untuk membuat perhubungan ke Internet juga adalah terhad iaitu bergantung kepada kuota yang ditetapkan oleh ISP.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas