Langkau ke kandungan utama

NVH - Peringkat Getaran (Vibration order)



Peringkat adalah bilangan gangguan yang dihasilkan oleh satu putaran komponen. Satu bonggol pada tayar menghasilkan satu gangguan untuk setiap pusingan keadaan ini dikenali sebagai gangguan peringkat pertama. Jika roda berputar 10 kali sesaat, terdapat 10 gangguan sesaat. Ini mewujudkan gangguan pertama-perintah sebanyak 10 Hz.

Jika terdapat dua buah bonggol di atas tayar, gangguan peringkat kedua akan terhasil.  Jika roda berputar 10 kali sesaat ia akan menghasilkan menghasilkan 20 gangguan sesaat. Ini mewujudkan gangguan peringkat kedua sebanyak 20 Hz. Tiga buah bonggol akan mewujudkan gangguan peringkat ketiga, empat buah bonggol akan mewujudkan gangguan peringkat ke empat dan seterusnya.

 

Maklumat peringkat getaran boleh membantu juruteknik semasa mengesan punca masalah getaran.  Sebagai contoh jika kenderaan menghasilkan getaran sebanyak 68Hz. Dari pengiraan didapati  bahawa aci pemacu berputar pada kelajuan 34 pusingan sesaat atau 34 Hz. Frekuensi peringkat kedua aci pemacu ialah 68 Hz, ini adalah sama dengan nilai frekuensi yang menghasilkan masalah yang sedang dikaji.

Setelah mengetahui bahawa masalah mungkin berpunca daripada getaran peringkat kedua, akan perlu mengkaji bahagian-bahagian yang boleh menghasilkan getaran jenis ini. Sendi Universal ialah komponen yang baik untuk diperiksa kerana ia boleh menghasilkan dua gangguan pada setiap pusingan aci pemacu. Kehilangan salah sebuah pemberat pada aci pemacu boleh disingkirkan daripada senarai kerana ia hanya akan menghasilkan getaran peringkat pertama sahaja. 

Contoh peringkat getaran:
Getaran peringkat setengah
Getaran peringkat setengah dihasilkan oleh komponen yang berputar pada separuh kelajuan aci engkol (crankshaft) berada dalam keadaan tidak seimbang atau mempunyai runut berlebihan. Sebagai contoh masalah aci sesondol (camshaft) tidak seimbang, boleh di atasi dengan membuat pembetulan pada runut yang menghasilkan gegaran.

Getaran peringkat pertama
Getaran peringkat pertama dihasilkan oleh komponen yang berputar pada kelajuan yang sama dengan kelajuan aci engkol (crankshaft) berada dalam keadaan tidak seimbang atau mempunyai runut berlebihan. Contohnya ialah roda tenaga atau penukar tork yang tidak seimbang  dan perbezaan jisim campuran udara dan bahan api antara silinder ke silinder. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, aci engkol (crankshaft) itu sendiri yang tidak seimbang. Mengimbangkan komponen atau membetulkan runut boleh membawa getaran kepada tahap yang boleh diterima.

Getaran peringkat kedua
Getaran peringkat kedua disebabkan oleh gerakan omboh ke atas dan ke bawah. Ia menyebabkan penurunan jisim dan gerakan mewujudkan getaran semula jadi.

Tanda-tanda ketidakseimbangan enjin termasuk:
  • Enjin bergegar dengan kelajuan rendah (frekuensi gegaran antara 8 hingga 20 Hz) apabila enjin berada pada kelajuan 480 hingga 1200 pusingan seminit.
  • Bunyi kasar kedengaran apabila enjin bergerak pada kelajuan antara 1,200 hingga 3,000 pusing seminit, ia menghasilkan getaran pada frekuensi 20 hingga 50 Hz . Getaran peringkat pertama dan kedua biasanya dikesan semasa menjalankan ujian neutral run – up test.
Getaran peringkat ketiga
Getaran peringkat ketiga disebabkan oleh mana-mana komponen yang mempunyai tiga titik yang tidak seimbang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas