Maksud hentaman
di sini ialah hentaman yang berlaku dengan satu ketukan seperti mengetuk objek
dengan tukul. Selain menghasilkan bunyi bising, hentaman ini boleh dirasai
melalui roda stereng, tempat duduk dan lantai. Hentaman jenis ini terjadi
apabila kenderaan dipandu melalui lubang atau bonggol di atas jalan.
Apabila tayar
melanggar bonggol atau lubang di atas jalan, ubah bentuk akan berlaku. Hentaman
yang terhasil akan dipindahkan kepada lengan gantungan (suspension arms). Sesendal gantungan akan termampat, lalu
menyebabkan bunyi ising atau getaran dipindahkan kepada badan kenderaan.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: What is
NVH? (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Ulasan
Catat Ulasan