Curruent charging factor
Current charging
factor merujuk kepada tenaga yang dibekalkan kepada bateri semasa proses
mengecas, jumlahnya adalah lebih besar daripada jumlah tenaga yang dibekalkan
oleh bateri. Lebihan ini bertujuan untuk mengatasi kehilangan elektrokimia yang
terjadi semasa proses mengecas.
Untuk mengecas
semula bateri ke tahap 100%, 105% hingga 110% daripada tenaga yang dikeluarkan
dari bateri perlu diganti semula. Lebihan tenaga ini dikenali sebagai current
charging factor.
Kapasiti bateri
Kapasiti bateri merupakan jumlah tenaga elektrik yang
terdapat di dalam bateri atau sel yang diukur dalam unit ampere hours (Ah).
Kapasiti bateri dipengaruhi oleh faktor seperti suhu dan kadar nyahcas arus.
Kapasiti bateri berkurangan apabila kadar nyahcas bateri bertambah atau suhu
persekitaran menurun.
Kapasiti normal K20
Kapasiti bateri
ditentukan oleh pengeluar dan diukur dalam unit ampere hour (Ah). Bateri baru
yang bercas penuh sepatutnya boleh menghasilkan K20h arus pada suhu
bilik untuk selama 20 jam. Voltan bateri tidak boleh kurang dari 10.5V.
Sebagai contoh,
untuk bateri 60Ah:
60Ah ÷ 20h = 30A
Sebuah bateri 60Ah
mesti boleh membekalkan 3 amp arus untuk selama 20 jam minimum dan dalam masa
yang sama mengekalkan sekurang-kurangnya 10.5V.
Cold Cranking Amps (CCA)
Cold cranking amps
merujuk kepada keupayaan bateri untuk menghidupkan enjin semasa musim sejuk.
CCA ialah ukuran arus yang dapat bekalkan oleh bateri pada satu tempoh masa
tertentu, pada suhu tertentu, dengan mengekalkan voltan pada tahap tertentu.
Rajah di bawah
menunjukkan kapasiti bateri 12V 100Ah, bergantung pada suhu dan arus keluaran
ialah 20 jam pada 100% cas penuh.
Pada suhu 50°C dan arus keluaran 5A bateri akan bertahan
selama 20 jam.
Jika arus keluaran
500A pada suhu 50°C. Bateri hanya mampu bertahan selama 12 minit.
Voltan sel
Voltan sel
merupakan perbezaan kapasiti antara plat positif dan plat negatif dalam
elektrolit. Voltan tidak mempunyai satu nilai yang tetap ia boleh berubah –
ubah. Ia bergantung pada keadaan cas (ketumpatan asid) bateri. Pengaruh suhu
terhadap perubahan voltan sel boleh diabaikan. Voltan nominal untuk sesebuah
sel ialah 2 volt.
Voltan nominal
Voltan nominal bateri ditentukan oleh standard industri.
Voltan nominal boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:
Voltan nominal = Voltan nominal sel X Bilangan sel
Untuk bateri kenderaan, kadar voltan nominal standard ialah 12 volt.
Voltan terminal
Voltan terminal ialah kadar voltan yang diukur di antara
terminal bateri.
Voltan gas
Voltan gas ialah voltan mengecas iaitu kadar voltan di mana
bateri mula menghasilkan gas. Gas akan mula terhasil apabila kadar voltan mencapai
14.4 Volt terminal atau 2.4 Volt sel. Pada peringkat ini gas hidrogen akan mula
terhasil. Penghasilan gas hidrogen yang berlebihan boleh menghasilkan letupan.
Voltan bebas
Voltan bebas (rest voltage atau idle voltage) ialah kadar
voltan yang diukur apabila bateri tidak disambungkan kepada beban.
__________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
Ulasan
Catat Ulasan