Airbag diperbuat
daripada fabrik nilon dan setiap airbag direka mengikut kesesuaian jenis
kenderaan dan kedudukan di dalam kenderaan. Airbag turut dilengkapi dengan
lubang yang akan terbuka dengan sendirinya setelah beg udara tersebut
mengembang sepenuhnya. Ini adalah untuk membolehkan gas yang terhasil
dibebaskan dari airbag dan mengelakkan kejadian lemas serta mengelakkan pemandu
atau penumpang melantun ke belakang akibat dari tindak balas graviti.
Airbag mempunyai
berbagai-bagai bentuk dan saiz bergantung pada jenis kenderaan, kedudukan dan
jenis kegunaan. Sebagai contoh airbag di bahagian penumpang mempunyai saiz yang
lebih besar berbanding dengan beg udara di bahagian pemandu.
Operasi airbag:
- Semasa pelanggaran, airbag sensor akan mengukur kadar hentaman yang terhasil, jika nilai yang diukur melebihi kadar yang ditetapkan, sumbu (initiator) yang terdapat di dalam alat pengembung (inflator) akan terbakar.
- Sumbu (Initiator) akan membakar penggalak (enhancer) dan bijian propelan, dan menghasilkan gas di dalam jumlah yang besar.
- Gas akan mengembangkan bag untuk mengurangkan kesan hentaman kepada penghuni kenderaan, selepas selesai mengembang gas akan keluar dengan cepat melalui lubang pelepasan (discharge hole) yang terdapat di belakang bag. Ini akan mengurangkan kesan hentaman bag dan menghasilkan pemandangan yang secukupnya.
__________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
Ulasan
Catat Ulasan