Bahagian ini akan
membincangkan beberapa ciri khas yang terdapat pada bateri kenderaan iaitu:
- Sistem pelepas gas sepusat (central gas venting system).
- Penghalang bakar pintas (back fire inhibitor).
- Magic Eye.
Penghalang bakar pintas
terdiri daripada pelapik plastik berliang (porous plastic washer) yang
bertindak sebagai injap cegah bakar pintas. Pelapik plastik ini terletak di
hadapan saluran pelepas gas sepusat. Jika gas yang keluar dari bateri terbakar
di bahagian luar, pelapik ini berfungsi untuk menghalang api dari merebak ke
dalam bateri.
Magic eyes berfungsi
untuk membekalkan maklumat berkaitan keadaan cas bateri (SOC) dan aras asid
dalam bateri. Magic eyes memantau keadaan sebuah sel untuk membekalkan maklumat
mengenai kepada cas dalam bateri. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat ketuk
magic eyes dengan menggunakan hulu pemutar skru untuk membuang buih udara yang
terperangkap yang boleh mempengaruhi ketepatan bacaan penunjuk.
__________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
Ulasan
Catat Ulasan