Langkau ke kandungan utama

Bateri voltan tinggi


Bateri mengikut maksud asalnya merujuk kepada medium penyimpanan tenaga elektrik yang tidak boleh diisi semula. Bateri jenis ini dikenali sebagai sel primer.

Sel primer melepaskan tenaga kimia yang tersimpan sebagai tenaga elektrik melalui tindak balas kimia. Bateri ini tidak dicas atau diisi semula.






Bateri isian semula terdiri dari sel sekunder. Bateri yang paling banyak digunakan dalam kenderaan adalah daripada jenis lead acid. Tenaga elektrik disimpan dalam sel sekunder.. Jumlah cas yang boleh disimpan ditentukan oleh jumlah bilangan sel sekunder yang terdapat dalam bateri. Bateri ia boleh diisi semula dengan menggunakan pengecas bateri.
 

Jenis-jenis bateri isian semula:
  • Lead acid battery
  • Nickel cadmium battery
  • Nickel metal hybrid battery
  • Lithium ion battery





 Di dalam I MiEV, HV battery diletakkan di bawah lantai, ia terdiri daripada 88 sel lithium ion 3.7V/50ah disambung secara siri untuk menghasilkan 330V/16kWh, dan membekalkan kuasa kepada motor elektrik (melalui inverter) dan sistem penyamanan udara. Komponen lain seperti lampu dan lain – lain mendapat bekalan kuasa dari bateri konvensional 12V, yang dicas menggunakan HV battery melalui DC – DC converter yang terdapat di dalam on board charger. Bateri ini turut dilengkapi dengan ciri – ciri keselamatan termasuk cell monitoring device, electrical leakeage detector dan perumah yang kuat.













Di dalam Toyota Prius bateri HV, ECU bateri dan system main relay (SMR) terletak di dalam sebuah bekas khas di bonet belakang.




Binaan bateri voltan tinggi (toyota prius)

Cara mengecas bateri voltan tinggi
Bateri voltan tinggi boleh dicas dengan menggunakan bekalan elektrik rumah melalui sistem pengecas on board. On board charger digunakan untuk mengecas bateri untuk kenderaan elektrik atau plug in hybrid. Proses ini dilakukan dengan menyambungkan plag kepada sumber tenaga rumah (220V/240V).





Battery ECU/Battery management unit

ECU bateri mempunyai peranan seperti berikut:

  • Membuat anggaran permintaan ampiar cas atau nyahcas dan keluaran cas dan nyahcas kepada HV ECU supaya state of charge (SOC) dapat dikekalkan pada kedudukan pertengahan.
  • Membuat anggaran jumlah haba yang dihasilkan semasa proses cas dan nyahcas dan membuat pelarasan kelajuan kipas penyejuk untuk mengekalkan suhu yang sesuai.
  • Mengawasi suhu dan voltan bateri, jika terdapat kerosakan, ia boleh menghalang atau memberhentikan proses cas dan nyahcas untuk mengelakkan kerosakan bateri HV.
 

Semasa kenderaan sedang bergerak, bateri HV akan mengalami proses cas dan nyahcas secara berulang kerana ia akan di nyahcas untuk mengerakkan MG2 semasa pecutan dan dicas semasa regerative braking semasa nyah pecutan.

Nilai sasaran SOC ialah 60%, apabila nilai SOC kurang dari nilai sasaran, batery ECU akan menghantar isyarat kepada HV ECU. HV ECU akan menghantar isyarat kepada ECU enjin untuk meningkatkan kuasa bagi mengecas bateri HV. Jika SOC berada di bawah 20%, enjin tidak boleh bergerak. 



System main relay (Toyota Prius)


Sistem main relay berfungsi untuk menghubungkan dan memutuskan bekalan kuasa kepada litar voltan tinggi berdasarkan arahan dari HV ECU. 


 Terdapat 3 buah relay, iaitu 1 di bahagian negatif dan 2 di bahagian positif. 





Apabila litar diaktifkan , SMR 1 dan SMR 3 akan “ON” . Perintang yang dipasang sebaris dengan SMR 1 berfungsi untuk melindungi litar daripada pengaliran arus yang berlebihan (inrush current). 





Kemudian SMR 2 “ON” dan SMR 1 “OFF”, keadaan ini membolehkan pengaliran arus berlaku di dalam litar.



Apabila litar di nyah aktifkan, SMR 2 dan SMR 3 “OFF”, bila ini berlaku HV ECU akan mengesahkan kedua – dua relay telah “OFF”. 



Untuk VW, sistem ini dikenali sebagai protective relay dan hanya mengandungi 2 buah relay seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.


  
  1. Bateri voltan tinggi.
  2. Sistem pengurusan bateri.
  3. Protective relay (contactor).
  4. Power electronics.
  5. Electric motor/generator.
  6. Air conditioner compressor.

Sistem penyejukan bateri HV (Toyota Prius)
ECU bateri mengesan perbezaan suhu bateri dengan suhu luaran dengan membuat perbandingan isyarat yang diterima dari 3 penderia yang berfungsi untuk mengesan suhu bateri dan 1 penderia yang mengesan suhu udara masukan. Maklumat ini digunakan untuk mengawal kelajuan kipas penyejuk. Sistem penghawa dingin digunakan untuk menyejukkan bateri.










___________________________________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:
https://dropshippermillennial.com/dm70



















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas