Manual merujuk kepada dokumen yang dibekalkan
oleh pengeluar kenderaan yang membekalkan maklumat mengenai cara untuk
melakukan penyelenggaraan dan pembaikan sistem yang terdapat di dalam
kenderaan.
Manual mengandungi berkaitan prosedur
penyelenggaraan dan pembaikan, senarai peralatan dan service special tools
(SST) yang diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja penyelenggaraan atau
pembaikan, litar elektrik, spesifikasi
alat ganti dan prosedur pengesanan kerosakan untuk kenderaan tersebut.
Manual kenderaan terbahagi kepada empat jenis
iaitu service manual, repair manual, wiring manual dan owners manual.
Juruteknik dan mekanik perlu merujuk kepada manual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
semasa membuat penyelenggaraan atau pembaikan kenderaan.
Manual penyelenggaraan merupakan dokumen yang
disediakan oleh pengeluar kenderaan yang menerangkan mengena cara untuk
melaksanakan penyelenggaraan pada sesebuah kenderaan. Manual ini disediakan
mengikut jenama, model dan tahun kenderaan dikeluarkan.
Pulzar @ Dr Auto ILPKL |
___________________________________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
https://dropshippermillennial.com/dm70
Lol
BalasPadam