Bateri kenderaan
boleh dikelaskan kepada 4 jenis iaitu:
- Bateri sel basah.
- Bateri Valve Regulated Lead Acid (VRLA)
- Bateri gel.
- Bateri Absorbent Glass Mat (AGM).
Bateri sel basah ialah
bateri yang menggunakan elektrolit cecair.
Ia dilengkapi dengan penutup boleh tanggal untuk tujuan penyelenggaraan
atau tanpa penutup atau tudung (bebas penyelenggaraan).
Kelebihan:
- Harga berpatutan.
- Mudah didapati.
- Sesuai untuk ditempatkan diruang nejin.
Kelemahan:
- Paras elektrolit perlu diperiksa semasa membuat penyelenggaraan.
- Terdedah kepada risiko kebocoran.
Gas yang terhasil semasa
proses mengecas bateri sel basah dialirkan melalui lubang gas sepusat. Gas ini akan dialirkan ke salah satu daripada
salur keluar yang terdapat pada penutup bateri. Jika terdapat 2 buah salur
keluar, salah satunya akan ditutup. Untuk bateri yang dilengkapi dengan penutup
sel, O ring digunakan untuk menghalang elektrolit dari terlepas keluar, jika
ini berlaku ia boleh merosakkan bateri akibat dari kakisan asid. Apabila mengecas bateri sel basah yang
mempunyai penutup boleh tanggal, jangan tanggalkan penutup tersebut.
Bateri Valve Regulated Lead
Acid (VRLA) menggunakan elektrolit beku.
Penutup sel tidak boleh dibuka. Gas ditukarkan kepada air dalam setiap
sel.
Kelebihan bateri VRLA:
- Tidak perlu penyelenggaraan.
- Tidak perlu memeriksa atau menambah elektrolit.
Kelemahan:
- Jika bateri dicas secara berlebihan, gas akan dilepaskan melalui injap keselamatan.
- Oleh sebab kehilangan elektrolit tidak boleh diganti, bateri akan rosak setelah suatu jangka masa.
- Sentiasa gunakan pengecas bateri yang mempunyai tahap cas maksimum 14.4 volt semasa mengecas bateri VRLA.
Penutup sel tidak boleh
tanggal membenarkan tekanan gas berlebihan dilepaskan melalui saluran gas
sepusat.
Elektrolit beku dalam
bateri gel adalah berbentuk gel (jelly), ia terhasil daripada campuran asid
sulfurik dan asid silisik.
Bateri ini dikelaskan
sebagai bateri VRLA kerana ia mempunyai cara pembebasan gas yang sama. Asid
fosforus dalam elektrolit untuk bateri gel meningkatkan atau mengurangkan
kapasiti mengecas selepas bateri digunakan untuk tempoh masa yang lama. Gas
yang terhasil semasa proses mengecas dialirkan keluar ke atmosfera melalui
lubang yang terdapat pada penutup bateri.
Kelebihan:
- Mengatasi masalah bocor.
- Kapasiti mengecas dan nyah cas tinggi.
- Bebas penyelenggaraan.
- Kadar pembentuk gas rendah.
Kelemahan:
- Sukar dihidupkan semasa cuaca sejuk.
- Harga mahal.
- Sukar didapati.
- Tidak sesuai diletakkan dalam ruang enjin yang panas.
__________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
Ulasan
Catat Ulasan