Kenderaan PHEV
digerakkan dengan menggunakan enjin pembakaran dalam dan motor elektrik. Ia
menggunakan sumber bekalan elektrik domestik untuk mengecas semula bateri
voltan tinggi. Penggunaan bela;am
elektrik domestik untuk mengecas bateri dapat mengurangkan kos penggunaan bahan
api dan mengurangkan pencemaran.
Oleh sebab PHEV
mempunyai saiz bateri voltan tinggi yang lebih besar ia boleh dipandu secara
elektrik sepenuhnya sejauh 16 hingga 65 km (bergantung pada model
kenderaan). Bateri voltan tinggi dalam
kenderaan ini boleh dicas dengan berbagai-bagai cara: menggunakan bekalan kuasa
luaran, melalui proses regerative braking atau menggunakan enjin pembakaran
dalam. Jika PHEV tidak dicas dengan
menggunakan kuasa luaran kadar penjimatan bahan api adalah sama dengan HEV yang
mempunyai saiz yang sama. Jika bateri telah dicas sepenuhnya, dan ia hanya
digunakan untuk jarak dekat, ia boleh digerakkan secara elektrik sepenuhnya.
Sistem ini juga
dikenali sebagai sistem hibrid pacuan kembar kerana ia mempunyai dua buah motor
elektrik. Sebuah motor hanya digunakan sebagai alternator atau motor penghidup,
manakala motor yang satu lagi digunakan sebagai motor dan alternator. Kedua-dua
motor elektrik dihubungkan kepada enjin pembakaran dalam melalui klac.
Keadaan kawalan
ditentukan oleh interaksi antara kedua-dua motor elektrik dengan enjin
pembakaran dalam. Bateri voltan tinggi dalam kenderaan ini boleh dicas secara
luaran dengan menggunakan bekalan kuasa domestik 230V dengan menggunakan kabel
pengecas yang disediakan oleh pengeluar.
Selain daripada
sistem voltan tinggi, kenderaan ini turut dilengkapi dengan bekalan 12V, dengan
bateri 12V. Dalam sebahagian kenderaan hibrid penuh, pemampat penyaman udara
digerakkan dengan menggunakan voltan tinggi.
Komponen PHEV |
Mode kawalan
PHEV:
- Pemanduan dengan motor elektrik.
- Pemanduan siri.
- Memecut.
- Pemanduan dengan enjin.
- Memacu dan mengecas.
- Regenerative braking (cas dalaman).
- Mengecas luaran.
Pemanduan menggunakan motor elektrik
Enjin pembakaran
dalam tidak beroperasi. Kenderaan dipacu oleh MG1. Bekalan kuasa dibekalkan
dari bateri voltan tinggi ke MG 1. MG 2 berputar dengan bebas.
Pemanduan elektrik |
Pemanduan siri
MG 2
menghidupkan enjin dan kemudiannya bertindak sebagai alternatordan mengecas
bateri voltan tinggi. MG 2 membekalkan tenaga elektrik untuk mengerakkan MG 1
dan kenderaan boleh dipandu secara elektrik.
Pemanduan siri |
Memecut
Semua MG 1, MG 2
dan enjin beroperasi untuk mengerakkan kenderaan. Fungsi aktif mengikut keadaan
cas dalam bateri voltan tinggi.
Memecut |
Pemanduan dengan enjin
Apabila bateri
voltan tinggi telah dinyah cas, kenderaan tidak boleh dipandu secara elektrik.
Kenderaan akan digerakkan dengan menggunakan enjin dan MG2. Enjin akan mengecas
semula bateri voltan tinggi.
Pemanduan dengan enjin |
Memacu dan mengecas
Untuk perjalanan
jauh, enjin akan memutarkan MG 2 dan mengerakkan kenderaan. MG 2, akan
berfungsi sebagai alternator. Pada masa yang sama MG 1 turut digunakan untuk
mengerakkan kenderaan, ini bertujuan untuk menjimatkan bahan api.
Memacu dan mengecas |
Regenerative braking
Kedua-dua motor
digunakan untuk menjalankan fungsi regenerative apabila klac bercantum. Tenaga
elektrik yang terhasil disimpan dalam bateri voltan tinggi.
Regenerative braking |
Mengecas luaran
Semasa proses
mengecas dengan sumber luar berlaku sistem voltan tinggi berada dalam mode
sedia (stand-by mode). Motor elektrik dan power electronic tidak aktif. Kabel
pengecas disambungkan ke kenderaan melalui charging contact. Apabila bekalan
kuasa elektrik untuk mengecas bateri voltan tinggi dikesan oleh unit kawalan,
dua buah geganti perlindungan akan tertutup. Proses mengecas bermula.
Proses mengecas
akan diberhentikan apabila kapasiti yang ditetapkan tercapai. Bekalan elektrik yang
diperlukan semasa proses mengecas dibekalkan melalui sumber bekalan kuasa luar.
Mengecas luaran |
Rujukan:
VW SSP, Basic Electric Vehicle
Ulasan
Catat Ulasan