Langkau ke kandungan utama

Variasi sistem hibrid



Sistem hibrid penuh boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu:   

  • Pacuan hibrid selari (parallel hybrid drive)
  • Pacuan hibrid siri (serial hybrid drive) 
  • Pacuan hibrid pemisah kuasa (power split hybrid drive)



Sistem pacuan hibrid selari merupakan binaan yang paling mudah. Ia boleh digunakan pada kenderaan sedia ada jika ia mahu ditukarkan ke bentuk hibrid. Enjin pembakaran dalam, motor/generator dan kotak gear disambungkan dengan menggunakan sebatang syaf. Kuasa keluaran enjin dan motor boleh digabungkan untuk menghasilkan kuasa keluaran yang lebih tinggi. Reka bentuk boleh digunakan untuk menampung komponen-komponen kenderaan sedia ada.

 
Hibrid selari




Sistem pacuan hibrid siri mengandungi enjin, generator dan motor/generator. Dalam sistem ini kuasa enjin tidak boleh disalurkan terus ke roda. Motor/generator berfungsi sebagai unit pacuan utama. Jika kapasiti bateri voltan tinggi rendah, enjin pembakaran dalam akan dihidupkan. Dalam sistem ini enjin pembakaran dalam digunakan untuk mengecas bateri voltan tinggi. Motor yang berasingan digunakan untuk menyedut kuasa dari bateri voltan tinggi dan mengerakkan kenderaan.


 
Hibrid siri


Sistem hibrid pemisah kuasa selari terdiri daripada enjin pembakaran dalam dan 2 buah motor/generator. Enjin pembakaran dalam dan motor generator 1 (MG 1) terletak pada gandar hadapan. Motor/generator 2 (MG 2) berada pada gandar belakang. Enjin pembakaran dalam dan MG1 menyalurkan kuasa yang dihasilkan ke kotak gear melalui gear planetari. Kuasa yang terhasil tidak boleh digabung bersama-sama.



MG 2, hanya akan beroperasi apabila diperlukan. Dalam susunan ini, bateri voltan tinggi terletak di tengah-tengah antara dua gandar kenderaan.

 

 
Hibrid pemisah kuasa
 
   __________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas