Kenderaan ini
terdiri daripada gabungan enjin pembakaran dalam dan dua buah motor elektrik.
Kenderaan ini digerakkan sepenuhnya secara elektrik. Enjin pembakaran tidak
disambungkan ke gandar secara mekanikal, sebaliknya enjin digunakan untuk
memacu motor elektrik yang berfungsi sebagai generator untuk mengecas beteri
voltan tinggi semasa kenderaan sedang dipandu.
Dalam kenderaan
ini enjin bekerja secara optimum yang menghasilkan kuasa keluaran yang tinggi
dan penggunaan bahan api yang rendah. Keadaan ini menyebabkan jarak pemanduan
bertambah. Bateri voltan tinggi dicas secara luaran. Semasa kenderaan sedang
bergerak enjin pembakaran dalam dan motor elektrik bekerja sebagai alternator
yang berfungsi sebagai generator sokongan. Sebagai tambahan, kenderaan turut
dilengkapi dengan bekalan 12V yang dilengkapi dengan bateri berasingan.
|
Komponen utama RXBEV
Pemanduan
elektrik
Jika bateri
voltan tinggi mempunyai cas yang cukup, kenderaan akan digerakkan oleh motor
elektrik 2. Sistem keselesaan (sistem penyaman udara voltan tinggi) dan bekalan
kuasa 12V diperolehi dari power electronic 2.
Pemanduan
elektrik dan pengecasan
Apabila bateri
voltan tinggi telah ternyah cas, enjin pembakaran dalam akan dihidupkan untuk
meneruskan perjalanan. Ia akan mengerakkan motor elektrik 1 dan mengecas bateri
voltan tinggi. Motor elektrik 2 digunakan untuk memacu kenderaan dan
menjalankan fungsi regenerative braking.
Mengecas bateri
semasa kenderaan pegun
Pada masa ini
tiada sumber bekalan kuasa luaran digunakan untuk mengecas bateri. Dalam
keadaan ini, enjin pembakaran dalam mengerakkan motor elektrik 1 untuk mengecas
bateri semasa kenderaan berada dalam keadaan pegun.
Mengecas luaran
Kabel pengecas
disambungkan ke kenderaan melalui charging contact. Apabila bekalan kuasa
elektrik untuk mengecas bateri voltan tinggi dikesan oleh unit kawalan, dua
buah geganti perlindungan akan tertutup. Proses mengecas bermula. Proses
mengecas akan diberhentikan apabila kapasiti yang ditetapkan tercapai. Bekalan
elektrik yang diperlukan semasa proses mengecas dibekalkan melalui sumber
bekalan kuasa luar.
|
| | |
|
Ulasan
Catat Ulasan