Ketidakselesaan semasa
memandu disebabkan kenderaan yang melantun dan terhuyung – hayang, sebagai
contoh kenderaan bergerak atas permukaan jalan yang tidak rata. Keadaan ini
terjadi apabila kenderaan melalui permukaan jalan yang tidak rata atau
berbonggol pada kelajuan tertentu.
Badan kenderaan
akan bergoyang apabila kenderaan dipandu di atas bonggol atau permukaan jalan
yang tidak rata. Ayunan yang terhasil
akan dipindahkan kepada sistem gantungan. Ayunan pada sistem gantungan akan
menyebabkan badan kenderaan melantun secara berulang – ulang, ia akan
menyebabkan kenderaan bergoyang.
Keselesaan
pemanduan dipengaruhi oleh beban yang ditanggung oleh spring (sprung weight)
dan beban yang tidak ditanggung oleh spring (unsprung weight). Secara umumnya
jika berat beban yang ditanggung oleh spring lebih besar daripada berat badan
kenderaan, getaran yang terhasil adalah kecil, ini menghasilkan pemanduan yang
lebih selesa.
Sebaliknya, jika
beban yang tidak ditanggung oleh spring adalah besar keselesaan pemanduan akan
berkurangan. Keadaan ini juga dipengaruhi oleh kadar serapan penyerap hentak
yang kurang atau penggunaan spring yang terlalu keras, ia akan menghasilkan
keadaan “terapung” atau “melantun” yang mengurangkan keselesaan semasa memandu.
Getaran boleh
dibahagikan kepada 3 jenis iaitu menganggul (pitching), terhuyung hayang
(rolling) dan terlambung – lambung (bouncing). Dalam keadaan sebenar ketiga –
tiga keadaan boleh terjadi secara serentak.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: Phenomenon
and Causes (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Ulasan
Catat Ulasan