HEV digerakkan
dengan menggunakan sebuah enjin pembakaran dalam atau sumber pendorongan yang
lain yang bekerja dengan menggunakan bahan api conventional (petrol atau
diesel) atau alternatif (biodiesel, NGV, LPG dan solar) bersama-sama dengan
motor elektrik yang mendapat kuasa daripada bateri. Penggunaan motor elektrik
membolehkan enjin yang bersaiz kecil digunakan yang menghasilkan penjimatan
bahan api dengan tanpa mengurangkan prestasi kenderaan. HEV menggabungkan
kelebihan penjimatan bahan api, mengurangkan pencemaran berbanding dengan
kenderaan konvensional yang mempunyai kuasa yang sama.
Bateri voltan
tinggi dalam HEV tidak boleh dicas dengan menggunakan kuasa luaran, ia hanya
boleh dicas semula melalui proses brake regenerative braking dan menggunakan
enjin pembakaran dalam. Kuasa kinetik yang dihasilkan semasa membrek digunakan
semula untuk mengecas bateri voltan tinggi dalam kenderaan.
Motor/generator dalam
kenderaan ini berfungsi sebagai alternator, unit pacuan dan motor penghidup.
Ragam kawalan pemanduan bergantung pada keadaan cas (state of charge, soc)
dalam bateri voltan tinggi, kedudukan pedal pemecut dan kedudukan pedal brek.
Kedua-dua enjin pembakaran dalam dan motor/generator memindahkan kuasa melalui
klac dan kotak gear yang memacu gandar.
Selain daripada
sistem voltan tinggi, kenderaan ini turut dilengkapi dengan bekalan 12V, dengan
bateri 12V.
Kenderaan HEV |
Mode kawalan HEV:
- Pemanduan dengan motor elektrik.
- Pemanduan dengan enjin.
- Kenderaan dipecut atau memotong
- Regenerative
braking
Pemanduan menggunakan motor elektrik
Enjin pembakaran
dalam tidak beroperasi. Semua komponen seperti pemampat penyaman udara dan pam
cecair penyejuk digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik.
Pemanduan dengan motor elektrik |
Pemanduan menggunakan enjin
Enjin pembakaran
dalam beroperasi. Bateri voltan tinggi belum dicas penuh. Kuasa enjin digunakan
untuk mengerakkan kenderaan dan mengecas bateri.
Pemanduan menggunakan enjin |
Kenderaan dipecut atau membawa beban berat
Pada masa ini
kedua-dua enjin dan motor akan beroperasi untuk mendapatkan kuasa yang tinggi.
Kenderaan dipecut atau membawa beban berat |
Regenerative braking
Enjin dimatikan.
Kuasa kinetik dari brek ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk mengecas bateri
voltan tinggi.
Regenerative braking |
Rujukan:
Vw Self Study Program.
Ulasan
Catat Ulasan