Komponen utama kenderaan hibrid



Kenderaan hybrid terdiri daripada:

       Enjin pembakaran dalam

       Motor Generator 1 (MG1)

       Motor Generator 2 (MG2)

       Planetary gear set

       Inverter

       HV battery

       HV ECU



 Komponen utama kenderaan hybrid

                              

Motor generator 1 (MG 1)


MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle.. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2.






Kedudukan MG1 pada enjin

             

Motor generator 2 (MG 2)


Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semasa kelajuan tinggi serta membantu menambah kuasa kenderaan apabila kenderaan dipandu dengan laju. Ia akan berfungsi sebagai generator semasa proses regenerative braking.





  Kedudukan MG 2

Planetary gear unit

Berfungsi untuk memisahkan penyambungan di antara MG1, MG2 dan enjin. MG1 disambung kepada planetary gear. MG2 disambung kepada ring gear. Engine output shaft disambung kepada planetary carrier. Berfungsi sebagai mencantumkan kuasa dari enjin dan MG2, dan berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi semasa brake regenerative.



Kedudukan planetary gear set



Bateri voltan tinggi (HV battery)


Berfungsi untuk membekal kuasa elektrik kepada MG2 semasa enjin mula dihidupkan, memecut dan menaiki bukit. Ia juga berfungsi untuk menyimpan kuasa yang dihasilkan oleh MG2 semasa regenerative braking dan MG1 hasil daripada putaran enjin. Bateri voltan tinggi digunakan untuk membekalkan kuasa kepada motor apabila enjin dihidupkan dan apabila kuasa tambahan diperlukan.


HV battery

Rujukan:
 http://www.autoshop101.com/forms/Hybrid01.pdf

__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan