Langkau ke kandungan utama

Klasifikasi dan lokasi bateri



Sesebuah bateri dikelaskan sebagai penyelenggaraan rendah (low maintenance) jika kadar penggunaan air selepas 42 hari tidak melebihi 16 grams/Ah daripada kapasiti nominal.

Air suling tidak perlu ditambah pada bateri bebas penyelenggaraan (maintenance free) yang beroperasi dalam keadaan biasa. Untuk bateri sel basah bekas bateri diperbuat daripada plastik lut sinar, manakala bekas bateri bebas penyelenggaraan diperbuat daripada plastik yang berwarna hitam.

 Lokasi bateri berbeza mengikut lokasi kenderaan digunakan. Rujuk rajah untuk menentukan kedudukan bateri. Di kawasan sejuk kadar penggunaan air selepas 42 hari ialah 8 grams/Ah daripada kapasiti nominal. Di kawasan panas kadar penggunaan air selepas 42 hari ialah 3 grams/Ah daripada kapasiti nominal.




Bateri bebas penyelenggaraan terbahagi kepada 2 jenis iaitu: 
  • Bateri dengan tutup sel boleh tanggal.   
Untuk menambah air suling tanggalkan lapisan yang menutup penutup sel.


  • Bateri dengan tanpa tutup sel. 
Air suling dalam bateri jenis ini tidak boleh ditambah.



Lokasi bateri mempengaruhi prestasi bateri. Beberapa kriteria penting yang perlu diambil kira semasa memilih lokasi bateri ialah:

  • Mudah untuk dicapai semasa membuat pembaikan. 
  • Tidak terdedah kepada haba atau pengaliran udara yang berlebihan semasa kenderaan bergerak.
  • Terlindung daripada kekotoran dan gegaran.
  • Tidak akan menyebabkan penumpang terdedah kepada kebocoran gas atau asid apabila berlaku kemalangan.

 Jika bateri ditempatkan berhampiran dengan sumber haba seperti enjin atau lain–lain komponen yang menyinarkan haba, suhu yang tinggi akan memendekkan hayat bateri tersebut. Karat pada grid positif, penggunaan air dan kadar nyah cas akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, bateri biasanya ditempatkan dalam bekas plastik.  Untuk keadaan yang terlampau panas, bateri dilindungi dengan pelapik pelindung haba. 



Bateri yang diletakkan di dalam kenderaan dilengkapi dengan ciri-ciri khas yang berfungsi untuk mengurangkan risiko kebocoran apabila berlaku kemalangan. Pada hari ini bateri jenis AGM banyak digunakan. Bateri jenis ini turut dilengkapi dengan hos salir keluar untuk mengalirkan gas dan asid keluar apabila berlaku kemalangan.

Battery safety terminal digunakan apabila bateri terletak di bonet belakang atau dalam kenderaan. Bateri yang berada pada kedudukan ini memerlukan kabel yang panjang untuk menghantar kuasa elektrik kepada motor penghidup. Battery safety terminal digunakan untuk mengasingkan sambungan positif dari bateri.





__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas