Sistem brek
janaan semula (Regenerative braking system) digunakan di dalam kenderaan yang
menggunakan motor elektrik, terutama pada kenderaan elektrik dan hibrid. Salah
satu ciri motor elektrik ialah apabila ia diputarkan pada arah tertentu, ia boleh
digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal (contoh:
untuk mengerakkan roda). Sebaliknya apabila ia diputarkan pada arah yang terbalik
ia boleh berfungsi sebagai penjana elektrik (generator), arus elektrik boleh
digunakan untuk mengecas bateri.
Dalam sistem regenerative braking, motor akan diputarkan
pada arah berlawanan apabila kenderaan sedang di brek atau diperlahankan.
Apabila motor berputar secara terbalik,
arus elektrik yang terhasil akan digunakan untuk mengecas bateri, arus yang terhasil
akan digunakan untuk memecut kenderaan apabila ia perlu digerakkan semula.
Sistem brek janaan semula |
Kecekapan tenaga
kenderaan konvensional ialah 20%, manakala 80% terbuang sebagai haba yang terjadi akibat geseran. Regenerative braking mampu menukarkan separuh
kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan semula. Keadaan ini dapat menjimatkan
bahan api sebanyak 10 hingga 25%.
Rujukan:
How stuff work.
Ulasan
Catat Ulasan