Getaran yang
menyebabkan stereng berayun dikenali sebagai “Shimmy”. Masalah ini juga mungkin akan menyebabkan
badan kenderaan bergetar di sebelah sisi. Shimmy mempunyai frekuensi antara 5
hingga 15 Hz.
Terdapat dua
jenis shimmy iaitu:
- Shimmy kelajuan rendah
- Shimmy kelajuan tinggi
Shimmy kelajuan
tinggi berlaku apabila kenderaan dipandu di atas jalan yang rata pada kelajuan
tinggi. Shimmy kelajuan tinggi bergetar biasanya terjadi pada julat kelajuan
tertentu.
Shimmy kelajuan
rendah terhasil apabila stereng bergetar apabila kenderaan melanggar
bonggol pada kelajuan rendah.
Sumber-sumber
utama shimmy berkelajuan tinggi dan kelajuan rendah adalah:
- Permukaan jalan yang kasar
- Tayar yang tidak seimbang
- Kehausan tayar yang tidak seragam
- Roda yang bengkok atau tidak seimbang
Sebagai contoh,
tayar yang bermasalah runout berlebihan, tidak seimbang atau tidak bulat boleh
menghasilkan shimmy apabila kenderaan dipandu pada kelajuan rendah atau tinggi.
Ini kerana masalah pada tayar berkenaan akan menghasilkan getaran pada
frekuensi tertentu. Apabila getaran yang dihasilkan oleh tayar menyamai
frekuensi semula jadi komponen yang tidak disokong oleh spring seperti gandar
depan, tayar dan roda, komponen ini akan mula bergetar. Apabila frekuensi
getaran komponen yang bergetar itu menyamai frekuensi semula jadi sistem
stereng, resonans akan berlaku. Resonans ini akan menyebabkan stereng bergetar
dengan kuat pada arah putaran.
Ulasan
Catat Ulasan