SRS airbag pada bahagian
hadapan di reka untuk aktif, jika pelanggaran yang teruk berlaku secara
berhadapan di dalam zon yang ditunjukkan di dalam rajah dibawah.
SRS airbag pada bahagian
hadapan akan dilancarkan jika kadar hentaman yang berlaku adalah bersamaan
dengan kadar hentaman yang akan dialami oleh kenderaan jika melanggar sebuah
tembok yang tidak bergerak atau berubah bentuk pada kelajuan 20 km/j – 25 km/j
(12bsj – 15 bsj).
Jika kadar hentaman
berada di bawah nilai yang ditetapkan airbag tidak dilancarkan. Nilai halaju
akan dianggap tinggi jika kenderaan melanggar sesuatu objek seperti kenderaan
yang sedang berhenti, tiang papan tanda jalan atau sebarang objek yang boleh
berubah bentuk atau bergerak atau jika pelanggaran yang berlaku menyebabkan
kenderaan yang dipandu berada di bawah kenderaan yang lain contohnya termasuk
di bawah kontena trak yang tinggi.
Rajah dibawah menunjukkan
keadaan di mana airbag hadapan tidak akan dilancarkan.
Pada kelajuan 35
batu/jam atau 56 Km/j kenderaan yang berlanggar dengan sebuah objek akan berhenti
selepas 150 milisaat, pemandu atau penumpangan tidak mempunyai masa yang cukup
untuk bertindak balas. Dalam “sekelip
mata” sistem-sistem ini akan beroperasi:
- Sistem penegang tali pinggang keselamatan.
- Airbag yang berkaitan.
- Pemutus bekalan bateri.
Ulasan
Catat Ulasan