Langkau ke kandungan utama

Fungsi minyak pelincir

Fungsi utama minyak pelincir di dalam enjin kenderaan adalah untuk mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan bahagian-bahagian enjin. Sistem pelinciran enjin turut mempunyai fungsi berikut:
MENGURANGKAN KEHAUSAN DAN GESERAN
Minyak pelincir mestilah sampai kesemua bahagian enjin yang bergerak dengan secukupnya.

Sistem pelinciran yang gagal berfungsi dengan baik akan menyebabkan bekalan minyak pelincir tidak sampai ke semua bahagian enjin yang bergerak dan mungkin akan menyebabkan bahagian-bahagian tersebut menjadi kering. Keadaan ini akan meningkatkan geseran dan mempercepatkan kehausan komponen.

Sistem pelinciran yang baik mempunyai kebolehan untuk mengurangkan haba akibat daripada geseran yang berlebihan dan menjimatkan kuasa enjin yang mungkin digunakan untuk melawan geseran yang berlebihan.


SEBAGAI EJEN PENYEJUK
Selain bertindak sebagai bahan pelincir, minyak pelincir turut menyerap haba. Minyak pelincir yang panas akan di hantar ke pendingin minyak (oil cooler) yang terdapat di dalam takungan minyak. Oil cooler berfungsi untuk menyingkirkan haba yang dibawa oleh minyak pelincir.


SEBAGAI PENYERAP HENTAK
Minyak pelincir bertindak sebagai menyerap gegaran yang dihasilkan oleh bearing apabila bearing tersebut bergerak bersama-sama bahagian enjin seperti aci (shaft).

Penyerap hentak di dalam enjin berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising dalam enjin.



Pulzar Oil @ Dr Auto ILPKL



___________________________________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:
https://dropshippermillennial.com/dm70




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas