Jika frekuensi
getaran dihasilkan oleh tayar yang tidak seragam dan frekuensi getaran enjin
atau getaran propeller shaft menghampiri nisbah gear kebezaan, getaran ini akan
menghasilkan dentuman badan kenderaan.
Untuk menentukan
sama ada bunyi dentuman dihasilkan oleh gelinciran penukar daya kilas atau
tidak, anda perlu membezakan tekanan yang perlu diberikan pada pedal pemecut.
Jika kekuatan bunyi berubah mengikut kadar tekanan yang diberikan pada pedal
pemecut, anda telah berjumpa punca masalah.
Enijn empat
lejang lebih terdedah kepada bunyi dentuman badan kenderaan yang dihasilkan
oleh gelincir penukar daya kilas (torque converter) adalah perbezaan sudut
sambungan aci pendorong adalah besar.
Oleh sebab bunyi
dentuman dihasilkan oleh gabungan dua jenis getaran, ia boleh dihapuskan dengan
sama ada meningkatkan perbezaan antara dua frekuensi atau mengurangkan salah
satu getaran.
Semasa membuat
pandu uji tekanan pedal pemecut perlahan untuk mengesan kelajuan enjin atau
kenderaan yang menyebabkan masalah terjadi.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: Phenomenon
and Causes (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Jom support:
Ulasan
Catat Ulasan