Langkau ke kandungan utama

Service connector @ service plug (untuk kenderaan elektrik dan hibrid)



Apabila service plug dicabut, litar bekalan kuasa akan diputuskan di bahagian tengah bateri HV. Service plug terdiri daripada safety interlock reed switch. Apabila klip pada service plug diangkat, reed switch akan terbuka dan mematikan SMR.

Fius utama untuk litar voltan tinggi berada di dalam service plug assembly. Untuk tujuan keselamatan matikan suis bekalan kuasa kenderaan sebelum menanggalkan service plug. 






Talian keselamatan elektrik dengan penyambung keselamatan (electric safety line with safety connector)

Ini merupakan ciri keselamatan tambahan yang digunakan dalam kenderaan volkswagen. Talian keselamatan mengandungi komponen elektrik dan mekanikal. Talian keselamatan berfungsi untuk memastikan keseluruhan bekalan voltan tinggi diputuskan apabila salah sebuah komponen ditanggalkan daripada sistem. Ia dilengkapi dengan bar pengunci dan pengunci mekanikal yang berbentuk penyambung yang berfungsi untuk menghalang talian voltan ditanggalkan apabila terdapat voltan.

Talian keselamatan ialah litar elektrik yang ditutup dengan menggunakan penyambung keselamatan. Jika penyambung keselamatan dialihkan litar akan terbuka dan sistem voltan tinggi akan terputus.
Penyambung keselamatan perlu ditanggalkan sebelum talian voltan tinggi boleh ditanggalkan daripada komponen voltan tinggi. Ini untuk memastikan tiada pengaliran voltan berlaku semasa talian ditanggalkan.
Semua komponen voltan tinggi disambungkan antara satu sama lain degan menggunakan gelung talian voltan rendah yang berasingan.
 
Talian keselamatan (safety line atau pilot line) 
Dalam sistem ini, semua komponen voltan tinggi disambungkan menggunakan talian voltan rendah yang membentuk sebuah gelung. Sistem ini berfungsi sebagai pemutus litar. Apabila semua komponen telang dipasang dengan betul pemutus litar akan bercantum. Jika arus dialirkan dalam keadaan ini, arus boleh dialirkan. Jika arus boleh dialirkan dengan baik melalui talian keselamatan ini menunjukkan semua komponen voltan tinggi telah dipasang dengan betul.

Jika penyambung keselamatan ditanggalkan, aliran elektrik dalam talian keselamatan akan terganggu. Tiada arus boleh mengalir. Ini menandakan sistem voltan tinggi tidak bersedia untuk beroperasi. Apabila ini berlaku, protection relay akan terbuka dan bekalan voltan dalam komponen voltan tinggi akan terputus.



a. Maintenance connector.
b. Safety connector 1.
c. Traction system distributor cover
d. Safety connector 2.
e. Air conditioner compressor connector.
f. Air conditioner compressor.
g. Power electronics.
h. Power electronics 3-phase cover.
i. Motor/generator connection box.
j. Battery regulation control unit.
k. 14-pin engine wiring sensor connector.
l. Motor/generator
m. High-voltage battery with electronics box.


Penyambung keselamatan (safeety connector)
Penyambung keselamatan terletak antara penyambung penyelenggaraan (maintenance connector) dan dua penyambung talian voltan tinggi. Penyambung keselamatan berfungsi sebagai suis yang berfungsi untuk menyambungkan dan memutuskan litar.

Apabila penyambung keselamatan ditanggalkan, suis akan terbuka dan talian voltan tinggi akan terputus. Apabila penyambung keselamatan dipasang, suis dan talian keselamatan (pilot line) akan bercantum. Sistem pengawasan akan membuat andaian kabel voltan tinggi telah dipasang dengan betul. Sistem hibrid akan dibenarkan untuk beroperasi. Penyambung keselamatan disambungkan mekanikal kepada penahan talian voltan. Jika talian perlu ditanggalkan, penyambung keselamatan perlu ditanggalkan terlebih dahulu.




___________________________________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:
https://dropshippermillennial.com/dm70






 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas