Terdapat 5 fasa di dalam
proses penghantaran data iaitu:
- Bekalan data (Provide data)
Unit kawalan membekalkan
maklumat atau data yang ingin dikongsi dengan unit kawalan (control module) yang lain kepada
Pengawal CAN (CAN controller).
- Menghantar data (Send data)
Penghantar terima CAN (CAN transreceiver) akan menerima maklumat dari pengawal CAN (CAN controller) dan menukar maklumat tersebut ke dalam bentuk
isyarat elektrik sebelum dihantar ke unit kawalan yang lain.
- Menerima data (Receive data)
Semua unit kawalan dalam
rangkaian yang sama akan menerima data yang dihantar melalui data bus.
- Memeriksa data (Check data)
Unit kawalan akan
memeriksa sama ada data yang dihantar diperlukan atau tidak serta memeriksa
keadaan data sama ada baik atau rosak.
- Menyimpan data (Accept data)
Jika data elok dan
diperlukan, ia akan diterima dan digunakan. Jika tidak ia akan diabaikan.
Ulasan
Catat Ulasan