Dalam sistem stereng kuasa hidraulik (HPS), tekanan yang diperlukan untuk mengerakkan stereng servo dibekalkan oleh pam hidraulik. Pam ini digerakkan dengan menggunakan kuasa enjin. Dalam keadaan ini sebahagian besar kuasa enjin digunakan untuk mengerakkan pam. Masalah timbul apabila bantuan stereng yang kuat diperlukan tetapi enjin berada pada kelajuan rendah, contohnya semasa memandu di tempat letak kenderaan. Kelajuan pam dikawal mengikut kelajuan putaran roda stereng, apabila roda stereng diputar dengan laju pam akan bergerak dengan pantas dan isi padu aliran dalam pam meningkat. Aliran yang berlebihan akan dialirkan semula takung melalui saluran balikkan atau pirau.
Berbanding dengan sistem stereng kuasa konvensional, EHPS menawarkan beberapa kelebihan seperti berikut:
- Menjimatkan tenaga sehingga 85%.
- Lebih mesra alam, hasil daripada penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan cecair hidraulik.
- Menjimatkan penggunaan bahan api.
- Meningkatkan keselamatan, stereng lebih mudah dikawal semasa meletak kenderaan dan lebih keras semasa dipandu laju.
Dalam sistem EHPS, kadar pengaliran cecair hidraulik akan dikawal mengikut sudut putaran stereng dan kadar kelajuan kenderaan.
Cara kerja EHPS
EHPS dikawal berdasarkan sudut putaran
roda stereng dan kelajuan kenderaan. Sistem ini dilengkapi dengan pam hidraulik
yang mengandungi pam bergear dan motor elektrik. Pam bergear terletak di dalam
engine pump assembly bagi menggantikan pam hidraulik (pam bilah) yang biasa
digunakan dalam sistem stereng hidraulik.
Pam bergear
ini dikawal dengan menggunakan motor elektrik yang terletak dalam engine pump
assembly. Motor elektrik ini hanya akan beroperasi apabila suis penyalaan
berada pada kedudukan “ON” dan enjin pembakaran dalam sedang bekerja.
Isyarat
sudut roda stereng dan kelajuan kenderaan dihantar kepada unit kawalan. Unit
kawalan menggunakan isyarat ini untuk mengawal kelajuan motor elektrik dan pam
bergear serta menentukan kadar isi padu cecair hidraulik yang perlu dibekalkan
kepada sistem stereng.
Perlindungan mula
semula (restart protection)
EPHS
dilengkapi dengan fungsi perlindungan mula semula apabila terdapat kerosakan,
kegagalan atau pelanggaran. Jika fungsi ini dicetuskan oleh pelanggaran, ia
hanya boleh diset semula dengan menggunakan scan tool.
Jika ia disebabkan oleh masalah yang lain, ia boleh
dimula semula dengan meletakkan suis penyalaan pada kedudukan “Off” dan
kemudian hidupkan semula enjin. Dalam keadaan tertentu, sistem perlu dibiarkan
selama 15 minit untuk membenarkan engine pump assembly sejuk semula. Jika
selepas tempoh tersebut, sistem EHPS masih tidak boleh beroperasi setelah enjin
dihidupkan, ini menunjukkan terdapat masalah pada sistem elektrik kenderaan
atau engine pump assembly. Lakukan diagnosis dan tukar engine pump assembly
jika perlu.
Servotronic warning lamp
Setelah
suis penyalaan berada pada kedudukan “ON”, servotronic warning lamp akan
menyala. Satu kitaran ujian dalaman akan dijalankan. Jika lampu tidak padam
setelah enjin dihidupkan dan setelah kitaran ujian lengkap, mungkin terdapat
kerosakan dalam sistem.
Engine pump assembly
Engine
pump assembly menggabungkan komponen-komponen berikut:
- Unit hidraulik dengan pam bergerar, injap pengehad tekanan (pressure limiting valve) dan motor elektrik.
- Takung hidraulik.
- Unit kawalan stereng.
Komponen-komponen ini tidak perlu di
selenggara. Ia dilincirkan secara dalaman oleh cecair hidraulik. Ia tidak boleh
diceraikan dan tidak boleh diperbaiki. Ia disambungkan ke power steering gear
dengan menggunakan saluran tekanan. Saluran balikkan terbina secara dalaman di
dalam takungan bendalir.
Power
steering sensor
Power steering sensor dipasang pada bahagian atas input shaft steering gear. Ia berfungsi untuk mengesan sudut putaran roda stereng dan mengira kadar putaran stereng. Ia tidak mengukur sudut secara tepat ( ia mengukur perubahan sudut stereng secara berkadaran dengan pusingan roda stereng).
Isyarat dari penderia ini diperlukan oleh unit kawalan stereng
kuasa untuk mengesan pergerakan roda stereng. Lebih besar perubahan sudut
stereng, pam akan digerakkan dengan lebih laju begitu juga kadar aliran cecair
hidraulik (dengan tanpa mengambil kira laju kenderaan).
Steering angle sensor
Steering angle sensor
menghantar maklumat sama ada stereng diputar ke kiri atau ke kanan kepada unit
kawalan ABS dan steering angle control unit melalui CAN databus.
Isyarat ini
digunakan bersama-sama maklumat kelajuan enjin dan roda untuk menentukan kadar
aliran cecair hidraulik.
Unit kawalan
hidraulik
Cara
kawalan adalah sama dengan sistem stereng kuasa hidraulik konvensional., unit
kawalan hidraulik mengandungi sebuah bar kilasan yang bersambung dengan
permukaan rotary disc valve dan permukaan yang satu lagi bersambung dengan
drive pinion dan control sleeve.
Pemanduan lurus
Semasa
kenderaan dipandu di jalan lurus, bar kilas akan memegang rotary disc valve dan
control sleeve pada kedudukan neutral. Power steering sensor tidak mengesan
sebarang perubahan sudut. Cecair hidraulik yang tidak bertekanan akan dialirkan
melalui saluran balikkan ke takungan cecair hidraulik.
Stereng diputar ke
kiri sepenuhnya
Apabila
bar kilas terpiuh, rotary disc valve diputarkan ke arah control sleeve.. Lurah
kawalan pada rotary disc valve membenarkan cecair bertekanan untuk mengalir ke
arah kanan silinder. Cecair bertekanan akan mengalir masuk ke dalam silinder
kerja dan membantu pergerakan stereng. Pada masa yang sama, rotary disc valve
akan menyekat pengaliran cecair hidraulik ke sebelah kiri dan membuka saluran
keluar dari silinder kerja sebelah kiri. Cecair hidraulik akan dialirkan keluar
dari silinder kerja sebelah kiri. Setelah proses ini selesai, bar kilasan akan
mengembalikan rotary disc valve dan control sleeve ke kedudukan neutral.__________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
Ulasan
Catat Ulasan