Kenderaan elektrik penuh
(BEV) tidak memerlukan kotak gear tradisional dengan beberapa pilihan kelajuan.
Arah pergerakan kenderaan ke hadapan atau ke belakang boleh diubah dengan
mengubah polariti motor elektrik. Ini dilakukan dengan mengubah arah putaran
motor. Ia dilakukan dengan meletakkan tuil pemilih gear pada kedudukan
“Neutral”, “Forward” atau “reverse”. Kadar kelajuan boleh dikawal dengan
menggunakan pedal pemecut.
Walau bagaimanapun kotak gear masih diperlukan dalam
kenderaan hibrid penuh (HEV) dan plug in hybrid (PHEV). Dalam sistem ini kotak
gear automatik digunakan.
Secara ringkas,
kenderaan elektrik dilengkapi dengan 2 sistem brek berasingan iaitu sistem brek
konvensional dan “motor brake”. Sistem brek konvensional dikawal dengan
menggunakan kuasa hidraulik. Manakala “motor brek” dikawal dengan mengurangkan
kelajuan motor. Motor brek bertindak seperti sistem pemulihan brek (brake
regenerative system) dalam kenderaan hibrid.
Ulasan
Catat Ulasan