Toothed rack-type safety belt pre-tensioner terdiri daripada
sebuah modul yang mengandungi belt inertia reel. Apabila isyarat diterima
daripada airbag control module, gas yang terdapat dalam penjana gas akan
terbakar. Tekanan yang terhasil akan menolak pelocok yang disambungkan kepada rak
bergigi bergerak ke atas. Rak bergigi mengerakkan gear 1 dan 2 melalui pinion.
Gear 2 disambungkan kepada outer ring of the freewheel yang
bersambung dengan torsion shaft. Jika outer ring berputar, penggelek (roller)
akan tertekan ke dalam sehingga outer ring bercantum dengan torsion shaft dan
berputar bersama –sama. Pergerakan putaran akan dipindahkan ke torsion shaft
dan penegangan tali pinggang bermula.
Ulasan
Catat Ulasan