Bateri menerima dan
membebaskan cas elektrik melalui reaksi kimia yang berlaku pada elektrolit.
Tenaga elektrik akan
dihasilkan apabila asid sulfurik yang terdapat di dalam elektrolit bertindak
balas kepada plumbum dan bertukar menjadi air. Pada masa ini, asid sulfurik
akan bercantum dengan plat kutub, tindak balas yang berlaku akan membentuk
plumbum sulfat pada plat kutub positif dan negatif.
Semasa proses pengecas
terjadi, asid sulfurik yang melekat pada plat kutub akan dibebaskan, ini
menyebabkan kadar graviti tentu dalam elektrolit meningkat. Kutub positif akan
bertukar menjadi lead dioxide dan
plat kutub negatif akan menjadi sponge lead.
Semasa proses mengecas
plat positif akan menghasilkan oksigen dan plat negatif akan menghasilkan
hidrogen, proses ini dikenali sebagai elektrolisis air. Proses ini menyebabkan
jumlah air dalam bateri berkurangan selepas suatu tempoh masa tertentu dan
perlu ditambah.
Ulasan
Catat Ulasan