Stereng bergetar
ialah keadaan di mana roda stereng berayun 5 hingga 15 kali sesaat mengikut
arah putaran. Ia berlaku pada kelajuan terhad yang biasanya melebihi 80Km/j dan
stereng akan berayun secara tetap.
Kadar getaran
yang dirasai adalah seperti getaran yang dihasilkan perengkuh hentaman (impact
wrench) semasa digunakan untuk mengetatkan nat tayar
Punca utama:
- Tayar tidak seimbang, tidak sekata atau run out secara berlebihan.
- Resonans di antara tayar dan roda stereng.
Run out atau
ketidakseimbangan tayar akan menghasilkan daya getaran semasa kenderaan sedang
bergerak.
Daya getaran ini
terhasil sebagai momen inersia (rintangan terhadap perubahan halaju putaran)
pada cemat agung (kingpin) ia akan menyebabkan tayar bergetar pada bahagian
sisi. Keadaan ini menyebabkan roda stereng turut berayun pada bahagian sisi.
Pada masa ini,
steering shaft, steering rack, and the tie rods bertindak sebagai spring tegar,
dan roda stereng bertindak sebagai beban.
Pada kelajuan
tertentu, getaran sisi yang dihasilkan oleh tayar menghasilkan daya empar yang
menyebabkan sistem stereng bergetar, ia akan menyebabkan roda stereng berayun
mengikut arah jam dan lawan arah jam.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: Phenomenon
and Causes (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
__________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
Ulasan
Catat Ulasan