Langkau ke kandungan utama

Sistem keselamatan penghuni kenderaan



Terdapat 2 jenis Sistem keselamatan penghuni kenderaan iaitu pasif dan aktif. Sistem keselamatan aktif mencegah dari berlakunya kemalangan. Sistem keselamatan aktif terdiri daripada:
  • Anti-lock Brake System — ABS  
  • Traction Control System — TCS  
  • Electronic Stabilization Program — ESP  
  • Electronic Brake Distribution — EBD  
  • Adaptive Cruise Control — ACC  
  • Electronic Differential Lock — EDL
Sistem keselamatan pasif pula berfungsi untuk mengurangkan kadar kecederaan kepada penghuni kenderaan (pemandu dan penumpang) apabila berlakunya kemalangan. Terdapat 2 perkara yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar kecederaan penghuni kenderaan apabila berlaku kemalangan iaitu mengurangkan kadar kerosakan kabin kenderaan dan mengurangkan risiko kecederaan akibat pelanggaran kedua yang terhasil akibat daripada pergerakan penumpang melanggar komponen–komponen yang terdapat di dalam kabin kenderaan.
   


Sistem keselamatan pasif terdiri daripada:
  • Tali pinggang keselamatan yang dilengkapi dengan sistem penegang keselamatan (safety belt pretensioners) dan sistem perlindungan kanak – kanak. 
  • Sistem airbag yang terdiri daripada airbag hadapan, sisi dan tirai cermin. 
  • Ruang penumpang yang kukuh serta struktur penyerap hentaman pelanggaran (CIAS (Crash Impact Absorbing Structure) body) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. 
  • Sistem pemutus bekalan bateri.
 Sejarah sistem keselamatan penumpang kenderaan

  
Struktur penyerap hentaman pelanggaran (CIAS (Crash Impact Absorbing Structure) body)


Struktur ini berfungsi untuk menyerap dan menyelerakkan daya hentaman yang terhasil akibat daripada pelanggaran yang terhasil daripada perubahan bentuk pada bahagian hadapan atau bahagian belakang bandan kenderaan untuk mengurangkan daya yang dipindahkan kepada penghuni yang berada di dalam kenderaan. Ia juga berfungsi untuk menguatkan struktur kabin serta mengurangkan perubahan bentuk kabin.

  
Zon boleh kemik (Crumple zone)



Kenderaan moden lebih mudah kemik apabila berlaku kemalangan berbanding kereta lama. Ujian pelanggaran membuktikan kaedah ini dapat mengurangkan kadar kemalangan kepada penghuni kenderaan. Kenderaan moden turut dilengkapi dengan bampar yang diperbuat daripada bahan lembut, untuk membolehkan bahagian hadapan dan belakang kemik kepada saiz tertentu semasa pelanggaran. Zon boleh kemik menyerap daya hentaman dan memanjangkan masa hentaman. Kenderaan yang mempunyai badan yang lebih keras akan menghasilkan masa hentaman yang rendah dan menyebabkan kadar kecederaan yang tinggi.

Tali pinggang keselamatan (seat belt)

Tali pinggang keselamatan merupakan sistem keselamatan penghuni kenderaan yang utama. Tali pinggang keselamatan akan menghalang penghuni kenderaan dari tercampak keluar kenderaan semasa kemalangan. Ia juga akan mengurangkan risiko pelanggaran di dalam kabin.

SRS (Supplemental Restraint System) airbag

Sistem halangan tambahan (Supplemental Restraint System) direka untuk memberikan perlindungan tambahan kepada penghuni kenderaan selain dari tali pinggang keselamatan. Di dalam kemalangan hadapan atau sisi yang teruk, SRS airbag bekerja bersama – sama dengan tali pinggang keselamatan untuk menghalang atau mengurangkan kemalangan yang mungkin terjadi akibat dari beg udara yang menggelembung. Airbag juga di kenali sebagai: 
  • Supplementary Restraint System (SRS) 
  • Air Cushion Restraint System (ACRS) 
  • Supplemental Inflatable Restraint (SIR).
Kepentingan sistem keselamatan kenderaan
Apabila sesebuah kenderaan berlanggar dengan kenderaan lain atau sesebuah objek yang tidak bergerak, ia akan terhenti dengan cepat – tetapi bukan serta merta. Sebagai contoh, jika sebuah kenderaan melanggar sesuatu tembok pada kelajuan 50 km/j (30 bs/j) secara pelanggaran hadapan ia akan mengambil masa kurang dari 0.1 saat sebelum berhenti sepenuhnya.

Semasa hentaman, bampar hadapan tidak akan bergerak tetapi bahagian kenderaan yang lain masih bergerak pada kelajuan 50 Km/j. Kenderaan akan mula menyerap tenaga dan menjadi perlahan semasa bahagian hadapan kenderaan remuk atau kemik secara berperingkat. Semasa pelanggaran, kelajuan di dalam kenderaan akan berkurangan tetapi penghuni kenderaan akan terus bergerak mengikut kelajuan asal kenderaan. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, anda boleh merujuk kepada video-video berkaitan yang terdapat di dalam youtube.

Jika penghuni kenderaan tidak memakai tali pinggang keselamatan, mereka akan terus bergerak pada kelajuan 50 km/j sehingga berlanggar dengan bahagian dalam kenderaan yang berada di hadapan mereka (contoh papan pemuka (dashboard) dan kerusi). Di dalam contoh ini, kelajuan yang terhasil adalah seumpama seorang yang jatuh dari bangunan setinggi 3 tingkat.

Jika penghuni kenderaan memakai tali pinggang keselamatan, kelajuan akan berkurang secara berperingkat, ini akan mengurangkan daya hentaman yang dikenakan pada tubuh mereka. Walau bagaimanapun di dalam kemalangan yang teruk, pelanggaran dengan bahagian dalam kenderaan masih akan berlaku. Penggunaan tali pinggang keselamatan akan mengurangkan kadar kecederaan yang mungkin terjadi.

SRS airbag berfungsi untuk mengurangkan kecederaan pada muka dan kepala akibat pelanggaran dengan bahagian dalam kenderaan serta menyerap daya nyah pecutan yang dihasilkan oleh penghuni kenderaan.



__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas