Getaran dirasai
oleh tangan dan kaki atau tubuh badan, bunyi dikesan oleh telinga. Keupayaan
untuk mengesan getaran dan bunyi adalah berbeza dari seorang ke seorang. Di
dalam keadaan di mana sekumpulan manusia terdedah kepada bunyi dan getaran yang
mempunyai kekuatan yang sama:
·
Sesetengah
orang hanya akan mengesan bunyi sahaja.
·
Manakala
orang lain akan merasai getaran sahaja.
·
Terdapat
juga orang yang dapat merasai getaran dan bunyi secara serentak.
·
Manakala
ada juga orang yang tidak merasai sebarang getaran atau bunyi.
Bunyi dihasilkan
oleh getaran (perubahan tekanan) udara. Gabungan bunyi dan getaran dikenali
sebagai gelombang. Kekuatan gelombang
ini diukur sebagai frekuensi yang merujuk kepada bilangan gelombang yang
terhasil pada setiap satu saat (Hertz, Hz). Bergantung kepada kekuatan
frekuensi , gelombang ini dapat dirasai sama ada dalam bentuk getaran atau
bunyi.
Kekuatan frekuensi
|
Bentuk gelombang
|
20Hz atau kurang
|
Getaran sahaja
|
20Hz hingga 200 Hz
|
Getaran dan bunyi
|
200Hz hingga 20KHz
|
Getaran sahaja
|
20Hz hingga 20KHz
|
Julat pendengaran manusia
|
Lebih dari 20KHz
|
Gelombang ultrasonic
(tidak boleh dikesan oleh telinga manusia)
|
Manusia hanya
mampu untuk mengesan sesuatu bunyi apabila bunyi tersebut mempunyai kekuatan
dan berada dalam julat frekuensi
“bunyi”. Keadaan ini menyebabkan tidak
semua getaran menghasilkan bunyi yang boleh dikesan oleh telinga manusia.
Ulasan
Catat Ulasan