Istilah yang digunakan oleh NHTSA untuk Autonomous Vehicle (AV) ialah Automated Vehicle. Di dalam artikel ini Autonomous vehicle akan dikenali sebagai automated vehicle. Selain dari Automated Vehicle, Autonomous Vehicle juga dikenali sebagai self-driving, driverless or robotic vehicle.
National
Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mentakrifkan
kenderaan automatik (Automated Vehicle, AV) sebagai kenderaan yang dilengkapi
dengan beberapa fungsi kawalan keselamatan kritikal (seperti stereng, pemecut
dan brake) yang terjadi dengan tanpa campur tangan pemandu (NHTSA, 2013). Kenderaan yang
memberikan amaran kepada pemadu (seperti amaran pelanggaran hadapan) tetapi
tidak melakukan fungsi kawalan tidak dianggap sebagai kenderaan automatik.
Kenderaan Automatik menggunakan on board sensor, kamera, GPS dan peralatan
telekomunikasi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat
keputusan berkaitan situasi keselamatan yang kritikal dan menjalankan fungsi
kawalan yang sesuai.
Kelas
kenderaan Automatik
NHTSA (NHTSA, 2013), membahagikan kawalan
kenderaan Automatik kepada lima tahap bermula dari tahap 0, kenderaan tidak
mempunyai sebarang sistem kawalan automatik hingga tahap 4, kenderaan automatik
sepenuhnya.
Tahap 0, tanpa kawalan automatik. Perjalanan kenderaan
(stereng, brek, pemecut dan kuasa enjin) dan pengawasan berkaitan keadaan jalan
dan kawalan keselamatan kenderaan dikawal sepenuhnya oleh pemandu pada setiap
masa. Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu tetapi tiada
kawalan kepada sistem stereng, brek atau pemecut masih dikelaskan sebagai
kenderaan tahap 0.
Tahap 1, fungsi automatik terhad. Kenderaan di dalam kelas
ini dilengkapi dengan satu atau lebih sistem kawalan yang menjalankan fungsi
tertentu, jika terdapat lebih dari satu sistem kawalan, setiap sistem
beroperasi secara sendirian. Kawalan keselamatan kenderaan berada dibahu
pemandu sepenuhnya tetapi mereka boleh memilih untuk mengagihkan sebahagian
daripada kawalan kepada sistem tertentu seperti membenarkan kelajuan kenderaan
dikawal oleh adaptive cruise control (ACC), pemandu juga boleh membenarkan
keseimbangan kenderaan dikawal oleh electronic stability control (ASC) atau
membenarkan sistem kawalan seperti dynamic brake support mengurangkan risiko
kemalangan apabila berlaku keadaan di luar kawalan. Sistem kawalan automatik di
dalam kenderaan ini hanya bersifat sebagai pembantu sahaja, keselamatan kenderaan
dikawal oleh pemandu sendiri.
Tahap 2, kombinasi sistem kawalan automatik, kenderaan
jenis ini melibatkan sekurang – kurangnya dua jenis kawalan automatik yang
direka untuk berfungsi secara bersama
untuk mengambil alih kawalan dari pemandu. Pemandu boleh menetapkan masa bila
kawalan automatik perlu digunakan. Pemandu masih bertanggungjawab sepenuhnya untuk
mengawasi keadaan jalan dan memastikan kenderaan beroperasi di dalam keadaan
yang selamat serta pemandu mesti sentiasa bersedia untuk mengambil alih kawalan
kenderaan pada bila – bila masa. Contoh gabungan sistem kawalan dalam tahap 2
ialah adaptive cruise control dan lane centering. Perbezaan utama di antara
sistem tahap 1 dan 2 ialah sistem tahap 2 di dalam keadaan yang sesuai mengikut
reka bentuk sistem, pemandu boleh melepaskan tangan dari roda stereng dan
melepaskan kaki dari pedal pemecut minyak dalam masa yang sama.
Tahap 3, kenderaan separa automatik pandu sendiri, pemandu
yang memandu kenderaan di alam kelas ini boleh mengambil alih kawalan ke atas ke
semua fungsi kawalan keselamatan kenderaan semasa kenderaan dipandu di dalam
keadaan tertentu bergantung kepada perubahan semasa kenderaan yang menyebabkan
sistem kawalan kenderaan menyerahkan kembali kawalan pemanduan kenderaan kepada
pemandu. Sebelum sistem menyerahkan kembali kawalan pemanduan kepada pemandu,
sistem akan memberi amaran kepada pemandu untuk mengambil alih semula kawalan
kenderaan. Keadaan ini berlaku apabila sistem kawalan kenderaan tidak mampu
untuk mengawal kenderaan disebabkan halangan seperti melalui kawasan pembinaan
dan sebagainya. Di dalam tahap 3, kenderaan dipandu secara automatik pada
kebanyakkan masa.
Tahap 4, pemanduan automatik penuh. Kenderaan dipandu
secara automatik di sepanjang perjalanan, semua fungsi kawalan keselamatan kenderaan
termasuk pengawasan jalan dilakukan sepenuhnya oleh komputer yang terdapat di
dalam kenderaan. Kenderaan ini boleh digerakkan dengan atau tanpa kehadiran
penumpang di dalam kenderaan.
Teknologi
untuk menggantikan deria manusia
Roland Berger, 2016, menyenaraikan empat
teknologi utama yang diperlukan untuk menggantikan peranan deria manusia di
dalam kenderaan automatik iaitu:
1
Mengesan lokasi kenderaan dan keadaan persekitaran
Mengesan lokasi kenderaan dan keadaan persekitaran
Kenderaan automatik memerlukan maklumat
berkaitan lokasi dan persekitaran semasa kenderaan yang terkini dan tepat.
Maklumat ini termasuk papan tanda jalan, kehadiran pejalan kaki, bonggol,
halangan dan peraturan trafik.
2 Algoritma
peramal dan pembuat keputusan
Kenderaan automatik perlu dilengkapkan
dengan perisian yang bina dengan menggunakan konsep Artificial Neural Networks yang berkebolehan
untuk belajar sendiri untuk mereka sebuah sistem yang boleh meramal, mengesan
dan bertindak balas kepada tingkah laku pengguna jalan termasuk kenderaan lain,
pejalan kaki dan haiwan.
3 Peta
berketepatan tinggi
Peta berketepatan tinggi diperlukan untuk
memberi maklumat yang tepat mengenai keadaan jalan dan menunjukkan arah
perjalanan yang betul.
4 Antara
muka pemandu
Perisian ini akan membolehkan pemindahan
kawalan dilakukan daripada kawalan automatik kepada kawalan manual adalah perlu
untuk meningkatkan keyakinan pengguna dan menghasilkan pemanduan yang lancar.
Ulasan
Catat Ulasan