Langkau ke kandungan utama

Penyimpanan bateri dan nyahcas sendiri (selfdischarge)



Nyah cas sendiri semasa bateri tidak digunakan merupakan keadaan biasa bagi bateri. Kadar nyah cas yang berlaku dipengaruhi oleh suhu sekitaran. Ia juga bergantung pada jenis dan reka bentuk bateri. Pada hari ini, bateri sel basah dan bateri AGM menggunakan lead calcium alloy.

Kelebihan lead calcium alloy ialah:

  • Mengurangkan kadar nyah cas sendiri.  
  • Kadar nyah cas sendiri tidak berubah mengikut usia bateri.
 
Jika sebuah bateri konvensional di biarkan dalam sebuah bilik yang bersuhu 68°F (20°C), kadar cas dalam bateri tersebut akan berkurangan sehingga 50% dan graviti tentu akan jatuh sehingga 1.20. Bateri yang rosak boleh mencapai keadaan ini dalam masa beberapa minggu sahaja.

Sebaliknya bateri bebas penyelenggaraan (maintenance-free) atau bateri AGM akan kekal pada 80% dan graviti tentu 1.24 selepas satu tempoh masa tertentu. Bateri ini hanya akan mencapai nyah cas sebanyak 50% dan graviti tentu 1.20 selepas lebih kurang 18 bulan. Kadar nyah cas akan berlaku dua kali lebih cepat apabila bateri disimpan pada suhu 50°F (10°C).


Salah satu punca bateri ternyah cas ialah keluaran arus melahu (idle current draw) atau nyah cas parasit. Beban tetap akan dikenakan kepada bateri bergantung pada peralatan yang sentiasa aktif dalam kenderaan. Antara peralatan yang sentiasa aktif ialah jam, sistem penggera, radio boleh program dan sistem pengawasan tekanan tayar. Kadar nyah cas yang berlaku bergantung pada jumlah peralatan aktif yang terdapat dalam kenderaan.

Untuk mengelakkan masalah, kenderaan tidak boleh dihidupkan, saiz bateri ditetapkan mengikut jumlah nyah cas parasit.



Suhu yang tinggi meningkatkan reaksi kimia dalam bateri. Prestasi bateri akan meningkat hasil daripada kadar ketumpatan elektrolit yang lebih rendah. Kapasiti bateri akan meningkat sedikit. Dalam masa yang sama suhu yang tinggi akan mempercepatkan pengaratan pada plat dan grid. Kadar nyah cas sendiri (self discharged) juga tinggi.

Pada suhu rendah, kapasiti bateri akan berkurangan. Peningkatan kelikatan elektrolit menyebabkan kecekapan reaksi kimia berkurangan. Pada suhu yang terlalu rendah, bateri tidak boleh membekalkan kuasa yang cukup untuk mengerakkan motor penghidup dan menghidupkan enjin.

Bateri yang ternyah cas sepenuhnya akan mula membeku pada suhu 32°F (0°C).


__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas