Kebolehan telinga
manusia untuk mengesan bunyi dipengaruhi oleh frekuensi. Kekuatan bunyi yang
dikesan oleh telinga adalah berbeza mengikut kadar frekuensi sekalipun ia
mempunyai nilai tekanan bunyi (desibel) yang sama. Secara umumnya kadar pendengaran
adalah rendah apabila frekuensi berada pada nilai yang tinggi atau rendah.
Keadaan ini adalah benar terutamanya pada frekuensi rendah. Sebagai contoh
bunyi pada frekuensi 500Hz boleh didengari pada titik A. Tetapi bunyi pada
frekuensi 100Hz hanya kedengaran pada titik B dan bunyi pada frekuensi 50Hz
pula hanya dapat dikesan pada titik C. Bunyi dentuman di bawah 100Hz, yang
dikenali juga sebagai kebisingan kenderaan, sukar untuk dikesan oleh telinga
manusia. Walau bagaimanapun oleh kerana ia menghasilkan getaran yang sangat
kuat, gegaran dan bunyi yang tidak menyenangkan boleh dirasai.
Garisan tahap
pendengaran minimum dalam graf menunjukkan tahap pendengaran minimum yang boleh
didengari oleh seseorang yang mempunyai tahap pendengaran yang sensitif. Tahap
pendengaran manusia biasa ditunjukkan oleh garisan putus–putus.
Ulasan
Catat Ulasan