Keselesaan
pemanduan akan terhasil jika getaran dan gangguan semasa kenderaan sedang
bergerak dapat dihapuskan.
Getaran lazimnya
disebabkan oleh keadaan permukaan jalan yang kasar. Dalam keadaan biasa,
getaran dihasilkan oleh komponen yang disokong oleh spring (badan sistem
gantungan) dan komponen yang tidak disokong spring (gandar, tayar dan roda).
Getaran yang dihasilkan oleh komponen–komponen tersebut berada dalam keadaan
terkawal kecuali setelah komponen–komponen tersebut rosak atau haus.
Apabila komponen
yang tidak disokong oleh spring bergetar bersama komponen yang disokong spring
ia akan menyebabkan kenderaan terhuyung hayang (roll), menganggul (pitch) dan
melantun. Ini akan menimbulkan perasaan kurang senang pada pemilik kenderaan.
Keadaan ini boleh diatasi dengan memastikan semua komponen sistem gantungan dan
sistem stereng sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Ulasan
Catat Ulasan