Langkau ke kandungan utama

Terminologi sistem hibrid


Hibrid standard
Hibrid standard menggunakan gabungan dari regenerative braking dan kuasa dari enjin pembakaran dalam untuk mengecas bateri dan mengerakkan kenderaan.  


Plug in hibrid
Plug in hybrid ialah sebuah kenderaan hibrid yang dilengkapi dengan sebuah bateri berkapasiti besar yang dicas semula melalui bekalan elektrik rumah atau melalui sistem pengecas yang dibina di dalam kenderaan (on board charging system). Plug in hybrid boleh dianggap sebagai sebuah kenderaan elektrik yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalam sebagai sistem sokongan. 


Rekuperasi atau pemulihan

Semasa rekuperasi satu bentuk tenaga akan ditukarkan ke bentuk tenaga yang lain. Pada peringkat awal tenaga kimia dalam bahan api ditukarkan ke tenaga kinetik dalam sistem penghantaran untuk mengerakkan kenderaan.

Semasa membrek dengan brek konvensional, tenaga kinetik yang terhasil akibat daripada geseran brek akan ditukarkan kepada tenaga haba. Haba ini akan dilepaskan ke persekitaran dan tidak boleh digunakan semula.

Sebaliknya jika generator digunakan sebagai brek enjin (sebagai tambahan kepada brek klasik), sebahagian daripada tenaga kinetik boleh dipulihkan dan ditukarkan ke dalam bentuk tenaga elektrik dan boleh digunakan semula.

Semasa lari lebih (overrun) terjadi disebabkan oleh:
  • Kelajuan kenderaan dikurangkan apabila brek ditekan.
  • Kenderaan dihentikan.
  • Kenderaan dipandu menuruni bukit.
Sistem hibrid akan menukarkan fungsi motor/generator ke fungsi generator. Ia akan mengecas bateri voltan tinggi. Semasa keadaan ini berlaku cas dalam bateri akan bertambah. Semasa kenderaan hendak diberhentikan hanya sejumlah kecil tenaga kinetik yang diperlukan untuk mengecas bateri 12V sahaja akan ditukarkan ke dalam bentuk tenaga elektrik oleh motor/generator.
 


Motor/Generator 
Istilah motor/generator merupakan istilah yang digunakan oleh pengeluar kenderaan hibrid untuk menggantikan motor, motor penghidup dan alternator. Semua motor boleh digunakan sebagai generator atau penjana.


Motor ialah alat yang menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal untuk menghasilkan gerakan. Generator pula ialah yang mengeluarkan tenaga elektrik. Jika syaf motor/generator dipacu oleh daya luaran, ia akan membekalkan tenaga elektrik dan bertindak sebagai generator. Jika tenaga elektrik dibekalkan dari dalam motor/generator, ia akan bertindak sebagai motor.

Dalam kenderaan hibrid, motor/generator digunakan untuk menggantikan fungsi motor penghidup dan alternator.


Penggalak elektrik (electric boost)
    
Fungsi penggalak elektrik adalah serupa dengan fungsi “kick-down” dalam enjin pembakaran dalam. Dalam keadaan ini, motor elektrik dan enjin pembakaran dalam akan menghasilkan kuasa keluaran maksimum, kuasa keluaran ini akan digabungkan untuk meningkatkan kuasa. Disebabkan oleh kehilangan kuasa dalam motor elektrik, kuasa pacuan adalah lebih rendah berbanding kuasa keluaran generator.

Sebagai contoh, jika kuasa keluaran enjin ialah 329 hp (245kW) dan kuasa keluaran motor ialah 46 hp (34kW). Maka jumlah kuasa keluaran yang dihantar ke sistem penghantaran ialah 375 hp (279kW).





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas