Bateri merupakan
komponen elektrik yang paling penting dalam sesebuah kenderaan. Selain daripada
membekalkan kuasa elektrik semasa kenderaan dihidupkan, bateri juga berfungsi
untuk membekalkan kuasa elektrik kepada semua komponen elektrik dan elektronik
yang terdapat dalam kenderaan.
Bateri merupakan
sebuah akumulator yang berfungsi untuk menyimpan tenaga elektrik apabila ia
tidak digunakan, dan membekalkannya semula kepada sistem mengikut keperluan
semasa. Dalam bahasa mudah bateri adalah umpama bank kuasa elektrik, di mana
kuasa akan disimpan apabila terdapat lebihan dan dikeluarkan semula apabila
diperlukan.
Bateri 12V mengandungi 6
buah sel yang disambung secara siri yang dipisahkan oleh pemisah dan diletakkan
dalam bekas polipropilena (polypropylene). Setiap sel terdiri daripada satu set
plat positif dan satu set plat negatif.
Pemisah mikroliang
(microporous insulating separators) digunakan untuk memisahkan plat positif dan
plat negatif yang membentuk sesebuah sel. Terminal, perangkai sel dan perangkai
plat (cell connectors and plate connectors) diperbuat daripada plumbum.
Terminal positif dan negatif boleh dibezakan dengan melihat perbezaan diameter.
Perangkai sel digunakan
untuk menghubungkan sel yang terdapat dalam bateri. Jumlah voltan bateri
ditentukan oleh bilangan sel yang bersambung. Kebiasaannya terminal negatif
dari sebuah sel disambungkan ke terminal positif pada sel yang lain.
Cecair bateri atau
elektrolit terdiri daripada asid sulfurik, ia mengisi ruang yang terdapat dalam
kawasan sel dan liang yang terdapat pada plat dan pembahagi sel.
Penutup sel boleh buka
ditempatkan di atas bateri yang memerlukan penyelenggaraan. Penutup sel ini
digunakan untuk menutup liang pengisi. Hidrometer ialah alat yang digunakan
untuk mengukur kadar cas dalam bateri.
Selain daripada
berfungsi untuk membolehkan pengukuran cas bateri dilakukan liang pengisi turut
berfungsi untuk membolehkan air suling ditambah atau dikurangkan ke dalam
sesuatu sel. Bateri bebas penyelenggaraan adalah tertutup sepenuhnya.
Selain daripada menutup
liang pengisi, penutup sel juga direka untuk mengasingkan wap asid sulfurik dan
gas hidrogen yang terbentuk semasa bateri sedang dicas. Ia direka untuk
menyebabkan wap asid sulfurik tersejat dan jatuh semula bekas dan membenarkan
gas hidrogen terbebas melalui liang pernafasan ke atmosfera.
__________________________________________________________
Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?
Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Klik link ini sebagai tanda support:
Ulasan
Catat Ulasan