Goncangan (shake)
ditakrifkan sebagai getaran yang menyebabkan badan kenderaan, roda stereng dan
kerusi bergetar secara menegak atau sisi. Goncangan biasanya akan terhasil
apabila kenderaan dipandu melebihi 80Km/j. Ia akan meningkat secara apabila
kelajuan bertambah dan mencapai kemuncak pada suatu tahap tertentu.
Kadar kekuatan
goncangan yang terhasil adalah sama dengan kadar kekuatan getaran yang terhasil
semasa mengetatkan tayar dengan menggunakan perengkuh hentaman (impact wrench).
Punca utama
goncangan:
- Tayar tidak seimbang, tidak sekata atau runout secara berlebihan.
- Resonans di antara enjin, spring, roda stereng, kerusi dan badan kenderaan .
Run out dan tayar
yang tidak seimbang akan menyebabkan tayar bergetar semasa kenderaan sedang
bergerak. Getaran ini akan dipertingkatkan dan menyebabkan gandar turut
bergetar. Getaran yang terhasil pada gandar akan dipindahkan ke badan kenderaan
dan enjin melalui sistem gantungan.
Apabila kadar
getaran yang dipindahkan setara dengan kadar frekuensi tabii badan kenderaan,
badan kenderaan akan bergetar dengan kuat. Jika kadar getaran yang terhasil
pada gandar adalah setara dengan kadar frekuensi tabii enjin, enjin akan
bergetar dengan kuat. Ini akan menyebabkan badan kenderaan bergetar dengan
lebih kuat.
Getaran ini akan
dipindahkan kepada roda stereng dan kerusi, yang akan menyebabkan badan
kenderaan, kerusi dan roda stereng bergetar.
Kadangkala badan
kenderaan bergetar secara silih ganti pada arah melintang dan menegak dalam
selang masa 10 saat. Ini disebabkan oleh perbezaan jejari putaran (turning
radius) yang menghasilkan perbezaan titik run out pada tayar kiri dan kanan dan
antara tayar hadapan dan belakang, keadaan ini menyebabkan semasa membuat ujian
untuk mengesan punca goncangan badan kenderaan, kenderaan perlu dipandu pada
kelajuan yang sama sekurang – kurangnya selama 10 saat sebelum bertukar ke
kelajuan yang lain.
Goncangan badan
kenderaan biasanya disebabkan oleh tayar yang tidak seimbang atau keadaan
kehausan bunga tayar yang tidak seragam, untuk tujuan ini goncangan badan
kenderaan boleh diatasi dengan membuat imbangan tayar atau mengurangkan run out.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: Phenomenon
and Causes (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Ulasan
Catat Ulasan