Langkau ke kandungan utama

NVH - Kekasaran pegerakan (harshness)



Kekasaran pegerakan (harshness) berlaku apabila kenderaan itu tidak dapat menyerap getaran yang dihasilkan oleh keadaan jalan raya. Keadaan mungkin disebabkan oleh kehausan komponen, kerosakan, atau pengubahsuaian pada peralatan asal. Dalam kebanyakan kes, kekasaran adalah berkaitan dengan komponen casis. Apabila mencari punca masalah kekasaran, berikan tumpuan kepada tahap bunyi bising dalam kenderaan. Pada kebiasaannya kekasaran adalah disebabkan kepada komponen yang tidak dapat beroperasi dengan baik disebabkan oleh kehausan pada sesendal (bushing) dan getah. Tumpuan perlu diberikan kepada cagak enjin (engine mounting) dan sistem sesendal yang terdapat sistem gantungan kenderaan.



Tayar yang terlalu besar, spring yang terlalu keras dan penyerap hentakan (shock absorber) atau komponen yang telah diubahsuai juga mesti dipertimbangkan. Sesetengah tayar, walaupun mempunyai ialah saiz yang betul, boleh menghasilkan perubahan di dalam kenderaan yang boleh menimbulkan perasaan kurang selesa kepada pemilik kenderaan.  Kasar dalam perbincangan ini merujuk kepada masalah sistem gantungan yang terlalu kasar atau terlalu lembut. Ia juga mungkin akan menghasilkan bunyi bising yang kuat.


Kekasaran pergerakan terjadi apabila kenderaan bergegar hasil kenderaan bergerak atas permukaan jalan yang tidak rata dan seragam. Apabila kenderaan dipandu di atas lebuh raya, bunyi bising akan bertambah kuat. Daya hentaman daripada permukaan jalan menyebabkan tayar bergetar. Tayar memindahkan getaran ini kepada sistem gantungan dan seterusnya kepada badan kenderaan. Kekasaran mempunyai frekuensi antara 30 hingga 60Hz.



Kekasaran pergerakan dipengaruhi oleh jenis tayar dan sesendal yang digunakan. Tayar tidak boleh menyerap semua getaran yang terhasil. Getaran juga akan terhasil jika tekanan tayar tidak mengikut spesifikasi. Terdapat tayar-tayar tertentu yang menghasilkan getaran dan bunyi yang kuat.



Tayar yang lembut boleh mengatasi masalah kekasaran. Tayar jenis radial mempunyai binaan yang teguh. Ia akan menghasilkan masalah kekasaran pada kelajuan antara 30 hingga 40 kmj.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas