Langkau ke kandungan utama

NVH – Fenomena dan punca



Ilmu mengenai punca-punca kerosakan yang menghasilkan getaran dan bunyi bising merupakan langkah pertama untuk membaiki kerosakan bunyi, getaran dan kekasaran pergerakan (NVH). Topik ini akan membincangkan mengenai berbagai-bagai tanda punca kerosakan yang menghasilkan bunyi bising dan getaran pada kenderaan.

Untuk menentukan sama ada sesuatu getaran atau bunyi bising yang terhasil pada kenderaan adalah disebabkan oleh kerosakan komponen atau sebaliknya, juruteknik perlu mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai punca yang menghasilkan getaran atau bunyi bising pada kenderaan.

Jenis – jenis getaran dan kebisingan yang akan dibincangkan ialah seperti berikut:
1. Badan kenderaan bergoncang (body shake).
2. Stereng bergetar (steering flutter).
3. Stereng bergoncang (steering shimmy).
4. Pedal pemectu bergetar (accelerator pedal vibration).
5. Tuil penukar gear bergetar (shift lever vibration).
6. Ketidakselesaan semasa memandu (ride discomfort).
7. Pergerakan yang keras (Harshness)
8. Kebisingan jalan (Road noise).
9. Kebisingan bentuk bunga tayar (tire pattern noise).
10. Bunyi dentuman dari badan kenderaan (body booming noise).
11. Bunyi ketukan pada badan kenderaan (body beating noise).
12. Kebisingan enjin (engine noise).
13. Kebisingan angin (wind noise).
14. Gear penghantaran berbunyi bising (transmission gear whine).
15. Gear kebezaan berbunyi bising (differential gear whine).
16. Klac menggeletar/ bergegar (clutch shudder (judder))
17. Getaran semasa memecut (take-off vibration (acceleration vibration))
18. Getaran semasa mengengkol (cranking vibration).
19. Getaran semasa enjin bergerak dalam keadaan gear neutral / melahu (vibration at idle).
20. Getaran semasa membrek (vibration during braking).
21. Brek berbunyi bising (brake squeal).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas