Kadar kekuatan
bunyi (amplitud) berubah secara berkitar, ia sampai ke telinga dalam bentuk
gelombang. Frekuensi bunyi berubah mengikut kelajuan kenderaan. Kebisingan
terhasil pada kelajuan enjin atau kenderaan yang tertentu dengan julat yang
kecil. Bunyi ketukan mudah dikesan disebabkan ia berubah dari lembut ke kasar
secara berkitar.
Bunyi ketukan
badan kenderaan terhasil daripada gabungan jenis bunyi yang berasingan. Apabila
dua bunyi yang berasingan dengan frekuensi yang berbeza berlaku secara
serentak, kadar kekuatan bunyi berubah mengikut kitaran, ini menghasilkan bunyi
ketukan.
Apabila terdapat
dua frekuensi terhasil secara serentak, jika puncak bertemu puncak atau lurah
bertemu lurah ia menghasilkan bunyi yang kuat. Jika puncak dan lurah dua
frekuensi yang berbeza bercantum ia menghasilkan bunyi yang lembut.
Punca bunyi:
Penukar kilasan
(tork converter) tergelincir
Kebisingan yang terhasil daripada
ketidakseimbangan
Jika terdapat
ketidakseimbangan pada pump impeller atau lain – lain komponen yang berada di
belakang turbine runner, seperti propeller shaft, setiap komponen ini akan
menghasilkan getaran.
Oleh sebab
penukar kilasan (tork converter) mempunyai gelinciran secara semula jadi ,
ketidakseimbangan ini terjadi akibat daripada ketidakseimbangan antara pump
impeller dan propeller shaft apabila ia berputar pada paksinya.
Jika
ketidakseimbangan pada pump impller berada di sebelah yang bertentangan dengan
propeller shaft, getaran terhasil adalah lebih kecil berbanding apabila
ketidakseimbangan berlaku pada kedua – dua belah.
Getaran ini akan
dipindahkan ke badan kenderaan melalui engine rear support members atau
suspension arms bushings untuk menghasilkan bunyi dentuman pada badan
kenderaan.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: What is
NVH? (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Jom support:
Ulasan
Catat Ulasan