Sistem penegang tali pinggang keselamatan berfungsi untuk
menegangkan tali pinggang keselamatan apabila berlaku pelanggaran kenderaan. Ia
mengurangkan kekenduran tali pinggang (jarak antara tali pinggang keselamatan
dengan badan pemakai). Ia berfungsi untuk menghalang badan penghuni kenderaan
dari bergerak ke hadapan (mengikut arah pergerakan kenderaan) pada peringkat
awal.
Sistem ini akan berkebolehan untuk menarik tali pinggang
lebih kurang 6 in (130 mm) dalam masa 13 milisaat. Jika daya tindak balas yang
bertindak pada tali pinggang lebih besar daripada daya yang mampu ditampung
oleh sistem penegang , proses penegangan akan berakhir.
- Sistem penegang keselamatan jenis kabel (Cable-type safety belt pre-tensioners)
- Sistem penegang keselamatan jenis bebola (Ball-type safety belt pre-tensioners)
- Sistem penegang keselamatan jenis wankel (Wankel-type safety belt pre-tensioners)
- Sistem penegang keselamatan jenis bergigi (Toothed rack-type safety belt pre-tensioners)
- Sistem penegang keselamatan jenis balutan (Strap-type safety belt pre-tensioners)
Ulasan
Catat Ulasan