Bunyi bising ini
kedengaran sebagai bunyi desiran enjin melalui tingkap. Ia terjadi pada
kelajuan tinggi dan kadar kekuatan bunyi berubah mengikut kelajuan kenderaan
dan arah aliran angin. Kebiasaannya bunyi bising bertambah dengan kelajuan
kenderaan, tetapi kadangkala bunyi ini tidak kedengaran bergantung pada arah
angin.
Punca utama:
Gangguan udara
yang dihasilkan oleh bentuk badan kenderaan.
Kebocoran udara
melalui celah–celah yang terdapat pada panel badan kenderaan.
Apabila udara
mengalir bonggol atau lurah yang terhasil daripada permukaan badan kenderaan
yang tidak sekata, pengaliran udara akan terganggu. Bunyi bising yang terhasil
akan masuk ke dalam ruang penumpang melalui tingkap dan pintu.
Pada kelajuan
tinggi, tekanan udara di luar lebih tinggi berbanding tekanan dalam kenderaan.
Apabila tekanan udara dalam ruang penumpang dipaksa keluar melalui lubang yang
terdapat pada weatherstrips atau badan kenderaan, dan bertemu dengan udara yang
mengalir di luar kenderaan, bunyi bising akan terhasil.
Rajah menunjukkan
4 buah kawasan utama yang sering menghasilkan bunyi angin. Keadaan ini boleh
dibaiki dengan menampal kebocoran, membetulkan semula penjajaran pintu atau
cermin.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: Phenomenon
and Causes (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Jom support:
Ulasan
Catat Ulasan