Bateri Absorbed Glass
Mat (AGM) menggunakan pelapik kaca poros yang bertindak seperti span yang
berfungsi untuk memerangkap elektrolit yang berbentuk cecair atau gel. Pelapik
ini juga bertindak sebagai pemisah antara plat positif dan negatif. AGM mengikat
elektrolit dan menghalang dari berlaku kebocoran, jika perumah bateri rosak.
Kelebihan bateri AGM:
- Bebas bocor hasil daripada penggunaan teknologi pengkapsulan asid.
- Kadar rintangan rendah dan kadar tindak balas terhadap perubahan cepat.
- Mampu dicas 5 kali lebih cepat berbanding bateri biasa.
- Mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding bateri biasa.
- Mengurangkan kehilangan air (gabungan oksigen dan hidrogen membentuk air)
- Tahan gegaran hasil daripada binaan berlapis.
- Berfungsi dengan baik pada suhu sejuk.
Batasan bateri AGM:
- Kos penghasilan bateri mahal.
- Amat sensitif kepada lebihan cas.
- Kapasiti bateri akan berkurangan secara berperingkat.
- Tidak mesra alam.
Bateri jenis ini
biasanya digunakan pada kenderaan yang dilengkapi dengan sistem “start stop”.
Prius menggunakan AGM
battery (Absorbed Glass Mat) 12V maintenace free battery. Bateri ini digunakan
untuk memberi bekalan kuasa kepada sistem elektrik kenderaan sama seperti
kenderaan konvensional. Ground disambungkan ke rangka kenderaan dan aliran
udara dialirkan melalui corong khas.
Bateri ini amat sensitif
kepada voltan tinggi, hanya pengecas bateri yang sesuai untuk kegunaan AGM
battery sahaja boleh digunakan untuk mengecas bateri ini. Jika tiada pengecas
bateri yang sesuai, gunakan pengecas bateri yang menghasilkan arus kurang dari
3.5A untuk mengecas bateri ini.
Bateri perlu
ditanggalkan dari kenderaan, semasa mengecas. Jump start boleh dilakukan dengan
menggunakan terminal khas yang terdapat di kompartmen enjin. Jika bateri tidak
digunakan melebihi 2 minggu, tanggalkan bateri untuk mengelakkan ia dari
ternyah cas. Pastikan semua pintu ditutup dan semua lampu dalaman ditutup,
kerana ia akan menyebabkan bateri ternyah cas.
Dalam Toyota Prius
terdapat terminal B+ yang diletakkan di kompartmen enjin, ia bertujuan untuk
memudahkan kerja–kerja pengecasan dengan tanpa perlu pergi ke bonet belakang
tempat di mana bateri tambahan di tempatkan.
Ulasan
Catat Ulasan