Langkau ke kandungan utama

Jenis kebisingan - Dengung (droning)



Dengung ialah perasaan yang dirasai oleh seseorang ketika memandu di dalam terowong pada kelajuan tinggi, atau mendaki ke ketinggian yang tinggi, ia menimbulkan rasa tidak selesa pada telinga. Gendang telinga berasa seolah-olah mereka dipaksa masuk atau keluar kerana perubahan mendadak dalam tekanan atmosfera. Dengung terhasil akibat daripada perubahan tekanan udara yang besar di dalam kereta.


Terdapat 3 jenis bunyi dengung iaitu:

  • Kelajuan rendah
  • Kelajuan pertengahan
  • Kelajuan tinggi

Bunyi dengung juga boleh terhasil semasa kenderaan dipandu pada kelajuan pertengahan dan rendah untuk jangka masa panjang, bunyi dengung yang terhasil berbentuk bunyi yang bernada rendah yang tidak berarah. Bunyi yang terhasil sukar untuk didengari, tetapi menghasilkan tekanan dalam telinga. 



Bunyi dengung yang terhasil semasa memandu pada kelajuan rendah dan pertengahan biasanya disertai dengan getaran beramplitud kecil. Bunyi dengung kelajuan rendah terhasil apabila kenderaan dipandu pada kelajuan sehingga 30 bsj (50 kilometer sejam) dan mempunyai frekuensi antara 30 hingga 60 Hz. Bunyi dengung kelajuan pertengahan terhasil apabila kenderaan dipandu pada kelajuan antara 30 hingga 50 bsj (50 hingga 80 kilometer sejam) dengan frekuensi 60 hingga 100 Hz.



Bunyi dengung kelajuan tinggi terhasil apabila kenderaan dipandu untuk jangka masa panjang pada kelajuan yang melebihi 50 bsj (80 kilometer sejam), bunyi ini mempunyai frekuensi di antara 100 hingga 200Hz.



Jadual di merupakan ringkasan perhubungan antara kelajuan dan julat frekuensi untuk tiga jenis bunyi dengung.






Dengung boleh berlaku apabila kenderaan dipecut, diperlahankan atau kenderaan dipandu pada kelajuan tetap, tetapi kerap berlaku semasa kenderaan dipecut. Dengung terhasil pada kelajuan enjin dan kenderaan tertentu. Rajah di bawah menunjukkan perhubungan antara kadar bunyi dengan kelajuan kenderaan . Apabila kelajuan kenderaan mencapai tahap tertentu (kawasan berwarna dalam rajah), peningkatan besar dalam tahap bunyi berlaku.






Julat kelajuan kenderaan atau enjin yang menyebabkan penghasilan dengung adalah kecil. Apabila dengung berlaku pada kelajuan kenderaan tertentu, julat biasanya dalam masa 3 bsj (5 kilometer sejam) kelajuan itu. Apabila dengung berlaku pada kelajuan enjin tertentu, juruteknik perlu menukar kelajuan kenderaan dengan perlahan-lahan. Menukar kelajuan kenderaan dengan cepat akan membuat ia sukar untuk memeriksa dengung kerana kelajuan enjin melepasi julat yang kelajuan yang menghasilkan bunyi dengung dengan cepat.



Bunyi dengung biasanya dihasilkan oleh lebih daripada sebuah komponen. Dalam kebanyakan kes, semua sumber bunyi dengung perlu dihapuskan untuk menghapuskan bunyi dengung. Sebagai contoh, bunyi dengung terhasil daripada getaran enjin dan sistem pacuan dipindahkan kepada panel badan kenderaan dan menyebabkan panel badan kenderaan turut bergetar.  Gabungan bunyi yang dihasilkan oleh pembersih udara, udara masukan dan bunyi ekzos akan menghasilkan bunyi dengung dalam kabin penumpang.



Perkara-perkara lain yang kadang-kadang bertanggungjawab menghasilkan bunyi dengung termasuk:

  • Resonans bengkokkan paip ekzos
  • Resonans peralatan aksesori
  • Resonans bengkokkan aci pandu (propeller shaft).
  • Resonans komponen sistem gantungan (suspension sistem)
  • Getaran enjin
  • Bunyi ekzos
  • Bunyi udara masukan

Resonans lenturan biasanya terjadi pada tiub dan paip lurus, ekzos dan aci pemacu. Komponen-komponen ini berubah bentuk (bergema) pada frekuensi yang diketahui. Komponen ini telah direka supaya resonans bengkokkan tidak akan berlaku semasa operasi biasa kenderaan.


__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas