Langkau ke kandungan utama

NVH – Fenomena dan punca: Kebisingan dentuman badan kenderaan (body booming noise)

Kebisingan jenis ini menimbulkan tekanan pada telinga, sumbernya biasanya kita ketahui. Bunyi ini akan bertambah kuat apabila kelajuan kenderaan bertambah.

Punca utama:
  • Enjin tidak ditala dengan baik (out-of-tune)
  • Enjin tidak seimbang
  • Aci pendorong (propeller shaft) tidak seimbang
  • Aci pendorong (propeller shaft) tidak dipasang pada sudut yang betul
  • Resonan dalam sistem paip.
  • Kebisingan ekzos.
  • Resonan dalam komponen tambahan enjin
  • Getaran hasil dari tegasan kilasan  (torsional stresses) pada aci pendorong (propeller shaft) dan aci pacu (drive shafts)
 





Tekanan yang terhasil adalah seperti tekanan yang dapat dirasai apabila kenderaan melalui  sebuah terowong pada kelajuan tinggi, perubahan tekanan atmosfera yang berlaku secara cepat menghasilkan tekanan pada telinga dan menimbulkan rasa kurang selesa pada telinga.

 

Apabila terdapat masalah pada sudut sambungan aci pendorong, dua ayunan akan terhasil pada setiap pusingan aci pendorong. Kadar ayunan ini akan bertambah apabila sudut sambungan bertambah besar.

Pada kelajuan kenderaan tertentu ayunan yang terhasil akan menyebabkan kotak gear bergetar dan dipindahkan kepada sistem gantungan belakang melalui sesendal dan spring pada sistem gantungan, ini menyebabkan badan kenderaan bergetar dan menghasilkan bunyi dentuman pada badan kenderaan.

 

Apabila aci pendorong hilang keseimbangan, daya empar yang dihasilkan oleh ketidakseimbangan akan menyebabkan bahagian hujung aci pendorong bengkok keluar dan berputar dalam bulatan yang besar di sekeliling pusat aci. Keadaan ini akan menyebabkan aci bergetar, setiap kali ia berputar. Daya getaran ini akan dipindahkan kepada enjin melalui engine rear mount, center bearing for the propeller shaft, rear suspension bushings dan badan kenderaan. Panel badan kenderaan bergetar dan menghasilkan bunyi dentuman.

 



Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: What is NVH? (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas