Teknologi sistem pacuan kenderaan hibrid (HEV)



Teknologi sistem pacuan hibrid kenderaan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

  •  Pacuan bivalen
  •   Pacuan hibrid 

Pacuan bivalen merujuk kepada teknologi pacuan yang mempunyai enjin pembakaran dalam yang boleh membakar beberapa jenis bahan api yang berbeza untuk menghasilkan kuasa pacuan. Ia boleh beroperasi dengan menggunakan bahan api fosil dan bahan api yang boleh diperbaharui (diesel dan biodiesel) atau bahan api cecair dan gas (petrol, NGV dan gas propana cecair).

Pacuan bivalen
Pacuan hibrid merupakan gabungan dua jenis sistem pacuan yang berbeza, teknologi hibrid merupakan gabungan antara enjin dan motor elektrik. Pacuan hibrid boleh menjana tenaga elektrik dari tenaga kinetik (pemulihan tenaga brek atau brake energy recuperation). Dalam sistem ini sebuah motor digunakan untuk membantu menambah kuasa kenderaan dan berfungsi sebagai motor penghidup untuk enjin pembakaran dalam.

Pacuan hibrid

Kenderaan HEV boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu:
  • Hibrid sepenuhnya (full hybrid drive)
  • Separa hibrid (mild hybrid drive)
  • Hibrid kecil (micro hibrid)
Kenderaan hibrid kecil (mikro hibrid) dilengkapi dengan starter-generator yang berfungsi untuk menjalankan fungsi “start stop” serta brake recuperation. Sistem ini dilengkapi dengan motor penghidup khas yang boleh menghidupkan enjin dengan cepat setelah enjin dimatikan. Sistem ini juga menukarkan sebahagian daripada tenaga kinetik yang terhasil semasa membrek kepada tenaga elektrik yang digunakan untuk mengecas bateri. Bateri yang digunakan untuk sistem ini adalah daripada jenis AGM.

Micro hybrid

Dalam kenderaan separa hibrid, motor elektrik berfungsi untuk menambah kuasa enjin pembakaran dalam. Kenderaan ini tidak boleh dipandu dengan menggunakan kuasa elektrik. Dalam sistem ini, lebih banyak tenaga kinetik yang dihasilkan semasa membrek dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik dan disimpan dalam bateri voltan tinggi. Bateri voltan tinggi dan komponen elektrik direka untuk menampung dan menghasilkan voltan yang lebih tinggi.

Mild hybrid

Dalam sistem pacuan hibrid penuh, motor elektrik berkuasa tinggi digunakan untuk mengerakkan enjin pada kelajuan rendah. Enjin pembakaran akan dihidupkan dan digunakan apabila kenderaan digerakkan pada kelajuan yang lebih tinggi.



Sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi “automatic start stop”, di mana enjin pembakaran dalam akan dimatikan dan menghidupkan kenderaan semasa berada pada keadaan melahu sebagai contoh semasa berhenti di lampu isyarat, semasa kenderaan berada dalam kesesakan lalu lintas dan semasa kenderaan dipandu turun bukit. Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan mengurangkan pencemaran.

Full hybrid  

Rujukan:
VW, Self study training material, SSP 499: Basic electrical drive

__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid